ALHAMDULILLAH! Ramai yang menarik nafas lega apabila semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Selain berterima kasih, ramai berpendapat pengeluaran khas berkenaan tepat dengan keperluan semasa rakyat ketika ini.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Lanjutan daripada pengumuman berkenaan, KWSP akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan dengan pandemik.

Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran dan mekanisme pembayaran juga akan dimaklumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.

Pengeluaran khas KWSP RM10,000

 

Namun, berikut sedikit perincian rasmi yang dimaklumkan KWSP;

1. Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun

2. Tarikh permohonan online 1 hingga 30 April 2022

3. Tempoh bayaran bermula 20 April 2022

Iklan

4. Jumlah pengeluaran RM50 hingga RM10,000

5. Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)

Pun begitu, Ismail turut mengingatkan agar rakyat membuat pertimbangan sewajarnya untuk masa hadapan.

Iklan

“Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan,” ujar beliau dalam Sidang Media Rasmi Perdana Menteri Ismail Sabri, semalam.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Sumber: Facebook KWSP