Percutian sekeluarga berakhir tragedi, bapa dan dua anak ditemukan lemas

A
A
A

DUA jam sebelum kejadian tiga beranak meninggal dunia akibat lemas, si ayah yang dikenali sebagai Arif Fadzil sempat memuat naik sekeping gambar memaparkan sebuah van dipercayai miliknya sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak.

Dalam hantaran menerusi laman Facebook, beliau menulis kapsyen berbunyi Germany could never beat Toyota.

mangsa lemasNamun siapa sangka, kegembiraan mereka sekeluarga itu bermandi-manda berakhir dengan tragedi.

Si ayah dan dua orang anaknya  ditemui lemas dalam kejadian di Sungai Balak Batang Kali, Jalan Genting Lama, Batang Kali, di sini.

Mangsa yang meninggal dunia adalah Arif Fadzil Abdul Saleh, 43, dan dua anaknya masing-masing berusia enam dan sembilan tahun.

mangsa lemas 2Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Makhtiar memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.09 tengah hari dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.32 tengah hari.

"Kita temukan ketiga-tiga mangsa pada jam 1.35 tengah hari, kira-kira 30 meter dari lokasi mereka dilaporkan lemas," katanya dalam satu kenyataan.

mangsa lemas 1Menurut Ahmad Mukhlis lagi, berdasarkan siasatan awal, kejadian itu tidak melibatkan sebarang insiden kepala air.

Kesemua mayat katanya, dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.

Sumber gambar: Facebook Arif Fadzil & Astro Awani 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang! 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang