'Pernah datang tapi tak cukup duit. ' Bapa bayi 11 bulan menangis sebak terima kereta untuk kegunaan keluarga ke hospital
SEBELUM ini, masyarakat dikejutkan dengan kisah keluarga membawa bayi lelaki mereka yang memakai alat bantuan pernafasan menaiki motosikal ke hospital sehingga tular
Terbaharu, bapa bayik berkenaan, Mohd Azlan Ishak berkongsi rasa terharu dan sebak apabila menerima sebuah kereta bagi membolehkan beliau membawa anak-anak dan keluarganya berulang alik ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.Baca ni ‘Itu kenderaan kami ada, duit dalam poket RM12 je.’ Pakai alat bantuan pernafasan naik motor ke hospital, kisah keluarga ini meruntun hati
Kisah terbaharu keluarga tersebut dimuat naik oleh pengusaha kedai outomotif, Daniel Firdaus
Menerusi hantarannya di media sosial, beliau meluahkan rasa syukur kerana proses penyerahan kereta jenis Proton Persona kepada Mohd Azlan Ishak berjalan lancar."Alhamdulillah selesai proses penyerahan kereta Persona kepada En Lan serta isteri. Harap sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang dihadapi anaknya yang menghidap paru-paru kronik. Allahu, besar ujian Encik Lan, tapi Encik Lan tetap kuat,” tulisnya.Baca juga ‘ALLAH jagakan Soffea’. Bayi perempuan 7 bulan disahkan menghidap kanser leukemia memerlukan bantuan
Malah Daniel turut membuka cerita yang Azlan sebelum itu pernah berkunjung ke premis miliknya untuk mencari kereta terpakai dengan harga sekitar RM1,000 hingga RM2,000 bagi membolehkan dia membawa anak ke hospital ketika waktu hujan.
Susulan daripada itu, pengusaha tersebut meminta bapa kepada bayi berkenaan memilih sahaja kereta terpakai yang dia rasa bersesuaian sehingga membuatkan suami isteri itu menangis sebak.
Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat yang bapa kepada bayi berkenaan begitu sebak ketika memperoleh kereta tersebut sambil memeluk mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membantu mereka sekeluarga.
Dia juga berdoa supaya pengusaha berkenaan terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan selepas ini.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform ShopeeKarangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang