SEBUT sahaja kerang, tentu ramai yang terliur. Sama ada direbus, masak sambal, kerabu atau dijadikan rencah masakan bergoreng, keenakan rasa kerang yang manis memang membuka selera.

Kerang yang telah direbus ini banyak digunakan dalam masakan seperti char kuetiau atau mi kari.

Namun ramai yang mengalami keadaan isi kerang rebus tidak cantik dan liat. Paling membazir hanya isi bahagian tengah sahaja boleh diambil!

Baca juga: Petua cuci siput sedut guna 1 bahan, lendir & hanyir hilang, tak perlu hampas kelapa

Samballana Bistro berkongsikan petua dan cara merebus kerang daripada Yatie Kitchen yang mudah. Hasilnya memang gerenti memuaskan hati.

“Ini cara rebus kerang yang betul untuk mendapatkan isi cantik Berkilat sampai boleh buat cermin isinya,” katanya.

PETUA REBUS KERANG

1. Didihkan air terlebih dahulu.

2. Selepas air mendidih baharu masukkan garam dan kerang.
3. Rebus dalam tiga minit, jangan sampai cengkerangnya terbuka.

4. Tutup api kemudian buang air panas tadi.

5. Masukkan air dan ais ke dalam periuk. Ia bertujuan untuk menghantikan proses memasak kerang.

6. Kemudian baharu buka cengkerangnya satu persatu. Cantik kejadiannya.

Baca  juga: Petua mudah kacang tanah goreng kekal rangup, hanya basuh & letak 7 sudu bahan ini

Manakala Zila Nur Aril pula berkongsi tip tambahan agar isi kerang elok terutama bagi yang membeli kerang segar.

“Rebus tiga hingga empat minit sahaja. Jangan lama sampai terbukam nanti isinya kecut. Bilas dengan air biasa atau air sejuk,” kongsinya.

Tambah Zila, jika kerang masih hidup elakkan menyimpannya ke dalam peti sejuk sebelum direbus barulah isi kerang yang direbus ‘gemuk’ dan tidak liat.

Mudah sahaja rupanya petua rebus kerang, selamat mencuba!

Baca  juga: Mudahnya tanam pokok ketumbar guna biji ketumbar timbang kilo, modal tak sampai 50 sen, boleh tanam banyak kali

NUTRIEN KERANG

Iklan

1-Vitamin B12 sangat penting untuk fungsi normal otak dan sistem saraf, memainkan peranan penting dalam formasi sel darah merah.

2-Iodin biasanya wujud dalam air laut, merupakan kunci utama untuk hormon tiroid, fungsi normal kadar metabolisma dan memastikan sel-sel dalam tubuh badan kekal sihat.

3-Zat besi adalah kunci pembentukan sel darah merah yang membantu membawa oksigen ke seluruh tubuh. Paling bahaya, kekurangan pengambilannya boleh menyebabkan anemia.

4-Selenium memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan antioksidan tubuh badan dengan menghalang kerosakan sel dan tisu.

5-Fosforus membantu membina tulang dan gigi yang kuat, serta membantu mengeluarkan tenaga daripada makanan diambil. Kesemua jenis kerang pula adalah sumber fosforus yang bagus.

6-Tembaga membantu menghasilkan sel darah merah dan sel darah putih yang berfungsi mengeluarkan zat besi untuk membentuk haemoglobin. Ia juga sangat penting untuk pertumbuhan bayi, perkembangan otak, sistem imun dan untuk tulang dan gigi yang kuat.

Iklan

7-Kerang sangat tinggi protein iaitu 13.5 gram bagi setiap hidangan 100 gram. Ia penting untuk otot, kulit, tulang dan tubuh badan secara keseluruhannya.

Baca  juga: Petua berguna pilih ketam banyak isi anak nelayan share, barulah berbaloi beli mahal

Sumber: Yatie Kitchen via Samballana Bistro, Zila Nur Aril, Hello Doktor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!