DAUN ketumbar sama seperti daun sup dan daun bawang, memang perlu sentiasa ada di dalam peti sejuk.

Selain memberi rasa enak kepada masakan seperti tomyam, kari dan masakan stim, daun ketumbar juga hiasan yang mencantikkan hidangan. Aromanya benar-benar memikat selera.

Baca juga: Siram pokok salah masa punca tanaman tak menjadi, elakkan waktu-waktu ini

Gambar hiasan (Kredit: Freepik)

Daripada membeli, apa kata tanam sendiri pokok ketumbar. Rupanya mudah sahaja, tak perlu membeli biji benih khas, hanya menggunakan biji ketumbar yang ada di dapur pun menjadi!

Jom ikuti cara dikongsi Ahalinda Darjan dan Eddy Rusdi Abdullah tunjukkan ini:

CARA 1

1- 1. Beli biji ketumbar yang dijual secara timbang.

2- Masukkan ia ke dalam bekas dan rendam selama satu jam.

3- Selepas itu, tanam biji benih ke dalam tanah. Janganlah terlalu dalam, sekitar 1 sentimeter (cm) dalam dan tutup dengan tanah nipis sahaja.

4- Siram sebanyak dua kali sehari agar media sentiasa lembab.

Gambar hiasan (Kredit: Freepik)

5- Biasanya selepas tujuh hingga 14 hari ia akan bercambah.

6- Apabila bercambah jangan terlalu gopoh untuk pindahkan. Tunggu sehingga anak pokok tersebut mempunyai tiga hingga lima helai daun.

7-Siram sekali sehari. Pokok ini ‘tidak suka; tanah yang terlalu lembab. Akarnya akan mudah reput jika terlebih air.

8- Untuk pembajaan, tabur baja Milagro untuk hasil yang berganda atau gunakan baja organik.

9- Ketumbar boleh dituai daunnya apabila berumur sekitar satu bulan selepas ditanam di dalam pasu.

10- Jika dibiarkan lama, ketumbar akan mula mengeluarkan bunga ketika berumur tiga bulan. Jika anda ingin menuai biji, boleh biarkan bunganya. Namun jika ingin daun sahaja, potong bunga itu setiap kali ia muncul.

Baca juga: Blender cili & bawang putih, sembur seminggu sekali hapuskan perosak tanaman cara organik. Selamat dan jimat!

CARA 2

1- Beli biji ketumbar di pasar raya. Pastikan ia bewarna cerah dan nampak masih baru supaya senang bercambah selepas disemai. Elakkan biji ketumbar warna gelap kerana ia sukar untuk hidup.

2- Ambil sesudu dan rendam dengan air selama semalaman.

3- Setelah rendam semalaman, tabur di atas permukaan tanah di dalam pasu. Siram air supaya tanah sentiasa lembap.

Iklan

4- Pada hari keempat, biji benih mula bercambah.

5-Pada usia seminggu, ia semakin meninggi.

6- Setelah agak besar, boleh pindahkan ke pasu lain yang menggunakan medium tanah hitam bercampur sedikit cocopeat.

7- Anda boleh menggunakan baja biji ECO NPK 8:8:8 dan baja AB.

8-Dari segi siraman, Ahalinda menggunakan air basuhan beras atau air rendaman perut ikan sebanyak dua kali sehari iaitu pada pagi atau petang bergantung kepada cuaca.

Iklan

9-Beliau menanam pokok ketumbar di balkoni yang hanya terdedah kepada cahaya matahari dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi sahaja.

Selamat mencuba!

Sumber: Ahalinda Darjan dan Eddy Rusdi Abdullah

Baca juga: Cara mudah tanam ulam selom guna batang, tak perlu biji benih

Baca juga: Senangnya tanam pokok kesum, tak perlu tanah, 7 hari sedia dituai

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!