TELUR rebus selalu diguna sebagai satu pelengkap hidangan. Telur yang mulus, licin dan berkilat tentunya lebih cantik untuk dihidangkan.

Walaupun akan diolah menjadi sambal atau digulai sekalipun, kita pastinya mahukan rupa telur rebus yang elok dan kenyal kan? Sementelah bahan dapur ini semakin ‘kayangan’ harganya.

Bagi yang gagal dan selalu menghadapi masalah telur rebus menggerutu serta sukar dikupas, apa kata gunakan sahaja petua dikongsi Basiroh Kz ini.

“Mungkin sudah ramai yang sudah tahu petua ini.

“Dulu-dulu saya fail rebus telur. Mesti ia pecah atau permukaan luar jadi menggerutu.

“Apabila ikuti petua kenalan dari Indonesia, barulah dapat hasil yang sebegini. Jadi saya kongsi tip untuk semua,” titip Basiroh.

Baca juga: Petua telur rebus mudah dikupas tambah dua bahan ini, baru elok licin berkilat

Ujarnya, untuk mendapatkan hasil yang dihajati anda hanya perlu menggunakan dua bahan iaitu garam dan cuka.

“Masukkan dua sudu kecil garam halus dan dua sudu kecil cuka makan.

“Rebuslah telur di dalam air seperti biasa dengan api yang sederhana.

“Insya-ALLAH hasilnya telur yang direbus akan berkilat, kenyal, tidak mudah pecah dan sangat mudah dikupas,” kongsinya.

Baca juga: Petua rebus telur beratus biji elak retak, simple &  mudah sangat, hanya guna satu barang

TIP REBUS TELUR 

(Kredit foto: Pexels)

Selain itu, wanita ini turut menyenaraikan beberapa tip berguna lain berkaitan telur rebus termasuk cara mengupas dengan pantas seperti berikut:

1-Ketika merebus telur, pastikan paras air melebihi telur dan tenggelam.

2-Anda tidak perlu menunggu air mendidih terlebih dahulu, terus masukkan telur dalam air biasa dan rebus ia sehingga mendidih.

3-Rebus selama lebih kurang 10 minit sahaja.

4-Apabila cukup 10 minit terus buang airnya.

5-Teknik mudah mengupas telur ialah menggunakan belakang sudu. Ketuk-ketuk manja sahaja, setelah kulitnya retak makan senanglah dikupas.

Baca juga: Teknik goreng telur mata kerbau kena betul, barulah hasilnya cantik & tak mudah pecah. Begini caranya!

Iklan

KHASIAT TELUR

Kredit foto: Pexels

Telur diklasifikasikan sebagai superfood kerana kata dengan nutrien dan memberikan manfaat kepada kesihatan

1) Sebiji telur rebus mengandungi nutrisi seperti berikut:
-Vitamin A
-Folat
-Asid pantothenik (vitamin B5)
-Vitamin B12
-Riboflavin (vitamin B2)
-Fosforus
-Selenium
-Telur juga mengandungi jumlah vitamin D, vitamin E, vitamin B6, kalsium dan zink yang mencukupi

2) Sebiji telur rebus membekalkan 78 kalori, enam gram protein dan lima gram lemak.

3)Telur yang dipasteur atau diperkaya Omega 3 lebih padat nutrien dan lebih tinggi vitamin A dan E.

4-Telur mengandungi kolesterol yang tinggi tetapi memakan telur tidak memberi kesan buruk kepada patas kolesterol dalam darah.

Iklan

5-Telur adalah antara sumber makanan terbaik coline yang mana sebiji telur mengandungi 100mg coline. Coline sangat diperlukan untuk otak namun ramai mengalami kekurangan coline tanpa sedar.

Baca juga: Rebus telur guna lima sudu air saja. Telur masak dengan cepat, kulit jadi rapi, tak merekah

Sumber: Basiroh Kz

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!