PILIHAN raya negeri (PRN) di Malaysia secara tradisinya diadakan bersama pilihan raya umum.

Bagaimanapun, negeri boleh secara bebas membubarkan perhimpunan mereka sendiri.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) baru-baru ini mengumumkan pilihan raya di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak pada 12 Ogos 2023.

Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos.

Baca juga: Semak tempat mengundi anda di sini, mudah klik klik online sahaja

Kredit foto: Bernama

Ia bagi mengisi kekosongan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, 45 kerusi DUN Kelantan, 32 kerusi DUN Terengganu, 40 kerusi DUN Pulau Pinang, 56 kerusi DUN Selangor dan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.

Kepada anda yang merupakan pengundi daripada negeri-negeri di atas, berikut 10 perkara perlu dilakukan untuk memudahkan proses pengundian:

1-Tarikh mengundi ialah pada 12 Ogos 2023 manakala mengundi awal adalah pada 8 Ogos 2023.

2-Urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara telah dibuka bermula 15 Jun lalu.

3-Tarikh tutup permohonan pengundi pos kategori A (petugas pilihan raya, pegawai SPR, anggota polis dan tentera serta petugas media) ialah pada 26 Julai 2023.

Kredit foto: Pexels

4-Permohonan kategori A boleh dibuat secara dalam talian (online).

5-Manakala bagi kategori B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara), tarikh tutup permohonan ialah pada 8 Julai 2023.

6-Daftar pemilih yang akan digunakan adalah yang sehingga April 2023 dan dikemas kini sehingga 21 Jun 2023.

7-Anda boleh menyemak maklumat pengundian https://mysprsemak.spr.gov.my/

8-Maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan boleh disemak menerusi pautan di atas.

Baca juga: PRU15: Tanpa IC pun boleh mengundi, ini 5 dokumen lain boleh digunakan

Iklan

9-Selain itu, anda boleh menghubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018/ 7218, 7124 atau menggunakan aplikasi MySPR Semak.

10-Semakan boleh dibuat mulai 17 Jun 2023.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika mendedahkan seramai 9,773,571 juta pengundi layak akan menjalankan tanggungjawab pada PRN di enam negeri.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Pertama kali mengundi? Ini adalah 10 perkara yang wanita harus tahu

Iklan

Sumber: SPR

Kredit foto utama: Freepik 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!