PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal berlangsung tidak lama lagi. Mungkin ramai yang teruja untuk membuang undi pada 19 November nanti bagi memilih pemimpin untuk mentadbir negara.

Justeru, anda boleh membuat persiapan awal termasuk dokumen yang diperlukan.

Umum mengetahui kad pengenalan atau MyKad (identity card-IC) adalah salah satu dokumen yang perlu ada. Bagaimana pula jika dalam situasi ini ada yang kehilangan kad pengenalan?

Kredit foto: Jabatan Pendaftaran Negara

Baca juga: Semak tempat mengundi anda di sini, mudah ‘klik klik’ online sahaja

Baca juga: PRU15: 5 tip pengundi muda, jangan ‘nervous’ buat 10 langkah ini

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjelaskan terdapat beberapa dokumen pengenalan diri lain yang boleh anda bawa sewaktu hari pengundian.

“Alamak terlupa bawa kad pengenalan (MyKad)! ADAKAH PERLU patah balik KE rumah?”

“Sabar! Jangan panik kerana dokumen-dokumen lain selain kad pengenalan masih boleh digunakan semasa mengundi. Berikut adalah dokumen penting yang boleh menggantikan kad pengenalan semasa mengundi,” jelasnya menyenaraikan lima dokumen lain yang boleh digunakan.

Kredit foto: Bernama

Selain MyKad, anda boleh menggunakan:

1.Pasport

2.Lesen memandu

3.Dokumen Pengenalan Sementara (JPN. KPPK09)

4.Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan (JPN. KPPK11) (disahkan Jabatan Pendaftaran Negara)

Selain membawa dokumen pengenalan, penting untuk anda mengetahui lokasi pusat mengundi. Perkara ini mungkin mengelirukan terutama bagi pengundi kali pertama terutamanya yang berumur 18 tahun.

Iklan

Anda boleh menyemaknya di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilihPapar

Baca juga: Manifesto membela wanita buat ramai teruja, pilih yang terbaik!

Baca juga: #SiBibirMerah: 50.17 peratus wanita layak mengundi, undi kaum Hawa berkuasa tentukan hala tuju kepimpinan negara

Semoga bermanfaat!

Iklan

Sumber: SPR

Kredit foto utama: Bernama, Jabatan Pendaftaran Negara

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi