Pokok ketapang ketot tak ada dahan 'cik pon' bertenggek pun jadi viral
SEKARANG ini pokok lidah mak mertua antara tumbuhan yang sedang digilai peminat pokok hiasan dalam rumah.
Jangan tak tahu ada pokok lain yang sebelum ini 'diamnya' hanya di luar rumah kerana saiznya boleh mencapai sebesar bangunan, turut boleh dijadikan pokok hiasan dalam kediaman.
Pokok ketapang (Terminalia catappa) lazimnya liar tumbuh di kawasan tepi laut, tepi sungai dan sebagainya di lokasi tropika termasuk di Malaysia.
Nama botaninya Melastoma malabatricum juga dikenali sebagai senduduk.
Sebelum ini pokok ketapang digunakan sebagai tanaman landskap oleh kebanyakan majlis daerah dan kerajaan tempatan sebagai pokok yang sesuai ditanam di kawasan taman bunga, tepi jalan dan di kawasan bangunan.
Pokok yang sederhana besar atau kadang-kadang besar ini mampu tumbuh setinggi 25-35 meter dengan batang pokok yang juga besar.
Kawasan letak kereta juga sering ditanam dengan pokok ini kerana ketapang mempunyai kanopi lebar. Sesuai menjadi perlindungan dari panas matahari.
Begitupun, rupa-rupanya pokok ini juga sedang 'naik' menjadi pilihan sebagai pokok hiasan.
Siapa sangka pokok didakwa menjadi tempat bertenggek 'cik pon' (pontianak - tapi jangan percaya ya. Kurafat, berdosa) ini pun kini jadi pilihan untuk hias dalam rumah.
"Nampak segarkan? Asalnya cuak juga nak letak si ketapang ni di rumah. Maklum la, macam-macam cerita pasal si ketapang ni.
"Since, Umi kata ni pokok anak, tak ada dahan besar untuk 'cik pon' bertenggek. Maka, parking la dua pasu anak ketapang di situ."
Itu kongsi seorang pengikut page Facebook, Berkebun Di Laman Rumah menggunakan nama Cik Gayah yang berkongsi tentang pokok ketapang yang semakin viral.
Dalam pasu
Namun, pokok hiasan dimaksudkan perlu ditanam dalam pasu ya. Difahamkan, kedudukan dalam pasu akan dapat mengekalkan kecomelan pokok ini yang menarik dengan daun-daun lebar menghijaunya.
Jadi tak perlu risau dengan dahan bercabang yang dikatakan menjadi tempat bertenggek.
Tinjauan SinarPlus di laman membeli-belah atas talian juga mendapati pokok ini sudah mula dijual.
Pada pasu yang sedang sahaja, harga pokok ketapang hidup dalam pasu bermula daripada harga RM28.
Ada berani nak tanam pokok ni? Why not kan? Selamat berkebun! -AG #janganputusasamalaysia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang