Pokok Lidah Mertua: Cara mudah tanam sendiri dalam pasu hiasan

POKOK hiasan dalaman rumah baru-baru ini dilihat tular di laman media sosial Facebook apabila ramai yang berkongsikan kebaikan jika meletakkan pokok hidup itu di dalam rumah.

Salah satu daripada pokok yang popular di tanam sebagai hiasan di dalam rumah adalah pokok snake plant ataupun lebih dikenali dengan panggilan pokok Lidah Mertua.

Pokok tersebut dikatakan mempunyai banyak kebaikan malahan mampu menyingkirkan toksik dan bahan cemar bawaan udara di dalam rumah seperti apa yang dilaporkan oleh NASA.

Tambahan pula pokok itu juga kelihatan sangat cantik dan kemas apabila dijadikan perhiasan dalam rumah.

Iklan
Iklan

Salah sorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Huda Zainal berkongsi cara mudah untuk menanam semula pokok ini ke dalam pasu hiasan.

“Yang paling best semenjak ada snake plant atas rak. Rak dah kurang berhabuk. Kalau tak dulu setiap dua hari mesti nak kena lap habuk.

“Snake plant juga antara pokok yang disebut “Hard To Kill”. Sesuai sangatlah untuk yang baru nak berjinak deko rumah dengan pokok hidup. Yang terasa diri tangan panas atau black hand pun boleh cuba tanam snake plant,” tulisnya di Facebook.

Macam mana cara nak pindahkan snake plant ke pasu yang lebih kecil dan sesuai untuk dalam rumah? Mudah sahaja. Langkahnya adalah seperti berikut :

1. Pilih pasu yang bersesuaian. Jika pasu yang dipilih berlubang, tutup lubang pasu dengan menggunakan surat khabar.


2. Pokok ini saya ambil dekat rumah mak. Dah tak ada pasu. Kalau tak tau mana nak dapat, pergilah singgah nurseri pokok. Sepasu snake plant anggaran RM15 dah boleh dapat.


3. Mana bahagian akar terkeluar macam dalam gambar potong je akarnya.


4. Hasil yang potong dengan akar.


5. Tak dapat akar, potong daun. Bahagian bawah potong menyerong. Potong menyerong supaya lebih permukaan pada hujung batang daun. Senang nak serap air dan nutrien bila dah cucuk dalam tanam.


6. Masukkan tanah 3/4 penuh.


7. Daun yang dah potong tadi. Cucuk-cucuk je dalam tanah.


Ikutlah krativiti tangan masing-masing. Janji cucuk daun tu tak tumbang.
8. Dah siap cucuk. Bawa masuk dalam rumah. Alas pasu dengan alas. Nak elak kalau terover siram, air tak lah meleleh atas rak tu.

Tapi perlu diingat, pokok ni tak siram dua minggu pun dia boleh hidup lagi.

Snake plant tak suka air banyak. Jadi siram tu sekadar bagi tanah lembap sudahlah.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Huda Zainal

Share
Meen

Biodata Penulis

Published by
Meen

Recent Posts

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

54 mins ago

‘Kasih sayang mertua menantu yang istimewa. Sebak tengok!’ Puteri Sarah rai hari jadi Datuk Yusof bikin ramai terharu

TERSENTUH hati melihat kemesraan antara bekas menantu dan mentua iaitu Puteri Sarah Liyana dan Datuk…

2 hours ago

Puteri sulung genap 12 tahun, 23 pesanan Fedtri Yahya untuk Indah Sutera Jannah undang sebak

PEJAM celik, pantasnya masa berlalu. Siapa sangka anak sulung pengacara tersohor Ahmad Fedtri Yahya, Indah…

2 hours ago

Klinik Nara anjur rumah terbuka, rai pelanggan sempena ulang tahun ke-4. Turut perkenal rawatan estetik dengan teknologi baharu

KLINIK  Nara, peneraju dalam rawatan estetik dan kecantikan baru-baru ini meraikan ulang tahun ke 14…

18 hours ago

Siti Nurhaliza penuhi impian rakan artis tunai umrah, bikin ramai sebak. ‘Terbaik, kongsi rezeki dengan sahabat’

YAYASAN Nurjiwa milik penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad…

19 hours ago