Menariknya…set famili cuma RM20 sahaja

BARANGAN IKEA memang menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Selain rekaannya yang bersifat kontemporari, produk-produk yang dijual pada harga berpatutan membuatkan peminat jenama dari Sweden itu sentiasa mengunjungi gedung berkenaan di Cheras dan Mutiara Damansara, Selangor.

Pembelian akan menjadi lebih berbaloi sekiranya IKEA menganjurkan jualan murah. Justeru, Jualan IKEA yang bermula dari 2 Julai lalu hingga 26 Julai depan tidak perlu dilepaskan.

Iklan
Iklan

Seiring dengan ledakan pandemik koronavirus juga, orang ramai berpeluang berbelanja secara dalam talian untuk lebih 900 produk dengan harga promosi.

“Oleh sebab rakyat Malaysia digalakkan terus menghabiskan lebih banyak masa di rumah, IKEA membuat kiraan rumah dengan menurunkan harganya untuk produk seperti kusyen, meja rias, tilam, sofa termasuk pelbagai peralatan dapur,“ kata IKEA.

Sebagai tambah nilai, ahli IKEA FAMILY akan menikmati diskaun tambahan 10 peratus untuk semua barang jualan kecuali tilam.

Kepada yang mahu menjadi ahli dan masih belum mendaftar, masih ada masa untuk berbuat demikian. Layari IKEA.my/FAMILY/
register atau hadir di kios IKEA FAMILY.

 

Cuma RM20 untuk set tiga orang makan

SEMENTARA itu The Chicken Rice Shop (TCRS) turut menawarkan promosi istimewa pada bulan Julai ini.

Dengan membayar RM20 pula, tiga individu sekali gus boleh menikmati hidangan nasi ayam The Chicken Rice Shop (TCRS) untuk set Ayam Untuk Semua sehingga 17
Julai ini.

Ya, memang murah. Sebagai tambahan, sebanyak RM2 daripada setiap pembelian akan disalurkan ke program makanan Pay It Forward bagi membantu pihak lain
membeli set makanan yang sama.

Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd, June Song berkata, pihaknya sentiasa mencari peluang untuk menggembirakan rakyat pelbagai kaum
dengan hidangan nasi ayam istimewa.

Untuk maklumat lanjut layari https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

Share
Izyan Liyana

 

Published by
Izyan Liyana

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

46 mins ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

4 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

6 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

6 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

8 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

11 hours ago