KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menilai semula dan menetapkan tempoh baharu pengasingan kes positif Covid-19 serta kontak rapat.

Berkuatkuasa 1 Mei 2022, tempoh kuarantin untuk individu positif Covid-19 dikurangkan kepada empat hari.

Individu positif Covid-19 boleh dilepaskan daripada pengasingan (HSO) sekiranya telah disahkan negatif melalui RTK kendiri yang diselia oleh pengamal perubatan pada hari ke empat namun jika positif, masih perlu melengkapkan tujuh hari kuarantin.

Pelepasan automatik akan diberikan selepas tujuh hari jika tidak menjalani kuarantin.

Jadi, berapa lama tempoh kuarantin kalau jadi kontak rapat atau positif Covid-19 dan bagaimana prosedur pelepasan kuarantin jika negatif selepas empat hari?

Berikut dikongsikan prosedurnya:

1. Jalani ujian RTK-Ag Covid-19 yang diselia (fizikal atau maya) pada hari ke empat kuarantin.

2. Keputusan ujian akan dimuat naik dalam MySejahtera oleh pengamal perubatan.

3. Jika keputusan negatif dengan keputusan yang telah dikemaskini dalam MySejahtera, pesakit boleh menamatkan kuarantin.

4. Jika keputusan positif, pesakit mesti melengkapkan tujuh hari kuarantin.

5. Tiada ujian lanjut diperlukan selepas hari ke tujuh.

Baca juga Bebas ziarah, rumah terbuka, ini 9 SOP hari raya wajib hadam

Sunah Aidilfitri
JIKA ingin melakukan ziarah, patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia. -Gambar hiasan

Aidilfitri tidak lama lagi, pastinya perayaan kali ini akan lebih meriah kerana sudah lama kita tidak dapat berkumpul bersama kaum keluarga dan sahabat handai.

Tentunya banyak majlis rumah terbuka akan diadakan. Sungguhpun demikian, kita masih lagi perlu mengambil langkah berhati-hati agar kita dapat melalui fasa ini dengan selamat.

1. Sentiasa membuat PENILAIAN RISIKO KENDIRI dan AMBIL TINDAKAN YANG BETUL.

Tuan rumah:

• Sebaiknya majlis di buat di kawasan terbuka (outdoor) untuk pengudaraan yang baik.

• Pastikan tetamu memakai pelitup muka sekiranya majlis diadakan di ruang tertutup (indoor).

Iklan

• Pendekkan masa majlis dan elakkan kesesakan.

• Sediakan sanitizer.

• Ia hak anda untuk memastikan hanya yang tidak bergejala menyertai majlis yang anda anjurkan

Tetamu:

• Digalakkan melakukan ujian kendiri sebelum menghadiri majlis terutamanya bila majlis akan turut dihadiri oleh mereka yang berisiko tinggi.

• Pendekkan masa berkumpul.

Iklan

• Berlaku jujur demi keselamatan tetamu lain dengan tidak menghadiri sekiranya anda bergejala.

• Memakai pelitup muka apabila majlis diadakan di ruang tertutup.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Jangan lupa follow kamiInstagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kamiDI SINI