KEPADA anda pengundi yang membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November ini, jangan lepaskan peluang untuk menebus tawaran hebat makanan dan minuman.

Sesudah menunaikan tanggungjawab kepada negara, tidak salah memberikan ganjaran kepada diri sendiri.

Nikmati harga istimewa bagi jenama-jenama terkenal seperti berikut:

1-Taco Bell

Kredit foto: Taco Bell

Deliciosa! Sajian Mexico ini menawarkan sajian Loaded Griller dan minuman pada harga RM5 sahaja berbanding harga biasa RM10.40! Tawaran sah pada 19 November sahaja.

2-Secret Recipe

Kredit foto: Secret Recipe

Mengundi dan lapar? Boleh singgah di mana-mana cawangan Secret Recipe yang menawarkan diskaun 30 peratus untuk minuman. Syaratnya hanya tunjukkan jari yang sudah diwarnakan dengan dakwat kekal.

3-MyLaksa

Kredit foto: MyLaksa

Sedapnya laksa! MyLaksa menawarkan minuman percuma kepada pengundi pada 19 dan 20 November 2022 yang makan di cawangan MyLaksa.

4-OldTown

Kredit foto: OldTown

Kopitiam popular, Old Town White Coffee menawarkan secawan kopi percuma (sejuk atau panas) dengan mana-mana pembelian nasi atau mi di restorannya. Anda hanya perlu menunjukkan jari berdakwat kekal. Tawaran sah bagi transaksi makan di restoran atau bawa pulang sahaja.

5-Nando’s

Kredit foto: Nando’s

Yummy sajian ayam ‘peri peri’, Nando’s ingin memberikan sajian sampingan (side dish) kepada pelanggan yang mengundi pada hari tersebut.

6-Tealive

Kredit foto: Tealive

Tealive berikan harga menarik RM15 bagi dua minuman mulai 14 November hingga 20 November 2020 ini. Ia terhad kepada minuman yang berharga RM10 ke bawah sahaja dan sah di semua cawangan Tealive kecuali Tealive+.

7-MarryBrown

Kredit foto: MarryBrown

MarryBrown tawarkan seketul ayam MB Crispy Chicken percuma pada 19 November 2022 dengan sebarang pembelian kombo! Tunjukkan jari mengundi anda di mana-mana Marrybrown berdekatan untuk dapatkan promosi sehari itu. Untuk akan di kedai, bawa pulang, pandu masuk, pandu lalu sahaja. Sah di semua restoran Marrybrown kecuali Genting Highlands, Sunway Lagoon, Johor Premium Outlet dan semua lapangan terbang sementara stok masih ada.

Iklan

8-Hokkaido Baked Cheese Tart

Kredit foto: Hokkaido Baked Cheese Tart

Sedapnya tat, jadikan menu ini ganjaran buat diri selepas menunaikan tanggungjawab kepada negara. Anda boleh mendapatkan menu classic cheese tart Hokkaido Baked Cheese Tart dengan potongan 15 peratus. Ia terhad untuk tat keju dan tat keju coklat bersaiz biasa (regular) dan kuantiti enam biji tat bagi setiap resit.

9-TGI Friday’s

Kredit foto: TGI Friday’s

Ayuhlah ‘makan-makan’ selepas mengundi, nikmati masa bersama yang tersayang. TGI Friday’s tidak ketinggalan menghargai warga negara yang mengundi dengan menawarkan potongan sebanyak 15 peratus bagi sajian burger pada hari tersebut. Terhad satu penebusan bagi setiap pengundi.

10-CoolBlog

Iklan
Kredit foto: CoolBlog

Selepas mengundi dan teringin minuman enak, anda boleh ke CoolBlog yang menawarkan ‘topping’ percuma seperti pearl, jeli mangga dan laici bagi semua menu minuman di cawangan yang mengambil  bahagian.

Buat anda yang mengundi, jangan lepaskan peluang dapatkan minuman dan makanan dengan tawaran yang hebat ini ya! Jangan lupa vote tau!

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi