Rahsia pucuk cili padi naik merimbun dan berbuah lebat, rupanya kena cantas pokok waktu tinggi sejengkal

Rahsia pucuk cili padi naik merimbun dan berbuah lebat, rupanya kena cantas pokok waktu tinggi sejengkal

SIAPA kata berbudi pada tanah tiada manfaatnya?

Selain mencantikkan ruang di halaman rumah, anda juga dapat menjimatkan kos membeli bahan dapur.

Seperti yang dikongsikan oleh MieAtul Aniyah menerusi page Berkebun ditepi rumah  beliau berkongsi cara untuk memperoleh cili yang merimbun dan berbuah lebat.

Baca ni Lelaki ini kongsi DIY rak tupperware untuk isteri guna besi dan kayu. Seminggu lebih siap, cantik dan kemas!

“Sedikit tip untuk penanam pokok cili untuk bagi hasil yang maksimum.

“Teknik potong pucuk sewaktu pokok tinggi sejengkal, daun dalam tujuh hingga lapan helai. Setiap cabang yang tumbuh akan menghasilkan cabang Y sendiri untuk membiak dan merimbun,” ujarnya.

Iklan
Iklan

Beliau turut mengemukakan tip untuk mengelakkan daun cili berkerinting dan membantu pucuk baru tumbuh.

“Untuk masalah tersebut, saya sembur menggunakan s7guard dua kali sehari setiap petang.

“Selang seminggu inilah hasilnya. Pucuk baru naik merimbun. Bunga dan buah pun banyak,” jelasnya yang membeli benih cili di pasar raya.

Sementara itu, Muhammad Faisal menerusi Page Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri turut berkongsi tip mudah memastikan cili lebat dan subur.

Caranya hanyalah dengan membuang tunas air. Ya, tunas air sahaja.

 

Berikut kaedah dan penerangan yang dimuat naik untuk panduan kita bersama:

-Tunas air selalunya dibuang selepas pokok cili pecah cabang. Lebih tepat lagi ketika pokok cili berusia dua hingga tiga minggu.

Baca lagi Guna kaedah fertigasi dan polibeg, lelaki ini kongsi cara tanam golden melon di rumah, tetap subur dan hasilnya menjadi!

-Pada usia ini, tunas air akan tumbuh dengan rancaknya pada batang pokok cili.

-Buang tunas air kesemuanya sebelum cabang pertama.

-Jika ada daun besar dalam 10 helai, buang dalam lapan helai, jangan melepasi Y.

Kesan tunas air pada pertumbuhan dan hasil tanaman cili:

– Tunas air tumbuh dengan cepat dan banyak. Pertumbuhan tunas yang rancak dengan bilangan yang banyak memakan banyak baja.

-Secara fisiologinya, banyak nutrien pada baja akan digunakan oleh tunas-tunas air ini berbanding pertumbuhan cabang utama cili dan juga buah (konsep sink and source).

– Kesannya, pokok cili akan menjadi rendah bukan saiz sebenar dan bilangan serta saiz buah juga berkurangan.

Baca ni Rupanya ini cara mudah tanam sendiri bunga tulip di rumah. Mesti menjadi punya!

Persoalannya, bolehkah menyimpan buah cili pada tunas air?

Kata Muhammad Faisal, tidak boleh. Ia disebabkan buah pada tunas air kecil dan bentuk buah selalunya abnormal.

Adakah kaedah pembuangan tunas cili besar atau cili merah sama dengan cili padi?

Jawapannya juga tidak. Tunas air dibuang kesemua sekali pada pokok cili besar atau cili merah, manakala pada cili padi, tunas air disimpan empat hingga lima batang.

“Tunas air pada pokok cili padi dapat menyumbang kepada penghasilan buah cili padi,” jelasnya.

Kepada yang mahu mencuba, apa kata gunakan teknik MieAtul Aniyah dan Muhammad Faisal. Mana tahu menjadi?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

1 hour ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

2 hours ago

‘Kasih sayang mertua menantu yang istimewa. Sebak tengok!’ Puteri Sarah rai hari jadi Datuk Yusof bikin ramai terharu

TERSENTUH hati melihat kemesraan antara bekas menantu dan mentua iaitu Puteri Sarah Liyana dan Datuk…

3 hours ago

Puteri sulung genap 12 tahun, 23 pesanan Fedtri Yahya untuk Indah Sutera Jannah undang sebak

PEJAM celik, pantasnya masa berlalu. Siapa sangka anak sulung pengacara tersohor Ahmad Fedtri Yahya, Indah…

4 hours ago

Klinik Nara anjur rumah terbuka, rai pelanggan sempena ulang tahun ke-4. Turut perkenal rawatan estetik dengan teknologi baharu

KLINIK  Nara, peneraju dalam rawatan estetik dan kecantikan baru-baru ini meraikan ulang tahun ke 14…

20 hours ago