SEBUT saja nama Shalin Zulkifli, sudah pasti kita akan terbayang wajah ayu gadis Melayu tempatan yang sering mewarnai arena sukan boling tanah air sehingga mencetuskan fenomena di zaman kegemilangannya terutama pada era 1990-an.

Malah, tidak keterlaluan jika Shalin juga dianggap antara pemain boling paling berjaya dalam sejarah negara kerana beliau berjaya merangkul pelbagai gelaran sama ada di peringkat kebangsaan, Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel mahu pun dunia.

Namun, ratu Bowling Negara itu mengejutkan dunia sukan dengan berita persaraan beliau yang dilaporkan oleh media tempatan semalam.

Memulakan karier bowling sejak usia 9 tahun, berita ini pastinya sesuatu yang tidak diduga, lebih-lebih lagi selepas 28 tahun beliau menabur bakti bersama skuad boling negara.

Ratu bowling umum bersara selepas 28 tahun menabur bakti buat negara

Perjuangan hampir tiga dekad Shalin menyaksikan beliau cemerlang meraih 91 pingat, dengan terbaik dilakar Shalin tentunya di pentas Sukan SEA, dengan kilauan 20 pingat emas tercipta.

Antara kejayaan terbesar pernah diraih Ratu Boling yang dilahirkan di England itu termasuklah beberapa kali menang gelaran juara kategori berpasukan dan individu wanita Kejohanan Tenpin Boling Dunia; pemenang pingat emas Sukan Asia, Sukan SEA dan juara kebangsaan.

Shalin tidak lagi mahu menoleh ke belakang dan terus mengorak langkah sehingga beliau berjaya menubuhkan akademi latihannya sendiri dan bergelar jurulatih pasukan boling Selangor sejak beberapa tahun lalu.

Jadi, tidak hairanlah jika Shalin terus menjadi idola kepada ramai pemain remaja dan senior boling di seluruh negara hingga hari ini.

Ratu bowling umum bersara selepas 28 tahun menabur bakti buat negaraSementara itu, persaraan Shalin dianggap seperti permata yang hilang dalam pasukan oleh ketua jurulatih negara, Holloway Cheah.

Personaliti satu dalam seribu dimiliki Shalin sukar untuknya mencari pengganti buat ratu boling tenpin negara itu.

Jurulatihnya juga menyifatkan Shalin telah menyempurnakan kariernya dengan setiap kejayaaan yang dicapai.

Semoga Shalin akan terus sukses dalam apa jua bidang yang akan diceburi pada masa akan datang. Syabas Shahlin dan selamat bersara!

Anekdot

Profil:

Nama: Shalin Zulkifli

Tarikh Lahir: 28 Mac 1978

Umur: 39 tahun

Iklan

Tempat lahir: North Islington, England

Pencapaian:

* 1994 – Juara terbuka wanita – Kent Malaysian All-Stars

* 1996 – Gangsa Piala Tenpin Boling Dunia dan diundi sebagai pemain paling bernilai; naib juara AMF World Cup (Northern Ireland)

*1999 – Pingat emas beregu dan berpasukan di Kejohanan Belia Asia (Singapura); emas beregu, berpasukan; All Event dan Masters di Sukan SEA Brunei.

* 2001 – Juara wanita pertama World Tenpin Masters di England; emas acara individu, all event, bertiga dan berpasukan Sukan SEA KL (catat lapan rekod baharu Sukan SEA)

Iklan

* 2002 – Juara masters wanita di Terbuka Antarabangsa Thailand dan Filipina

* 2003 – Juara berpasukan wanita Piala Tenpin Boling Dunia; pingat emas di Kejohanan Boling Tenpin Sedunia; juara wanita Asian Bowling Tour Grand Slam.

* 2004 – Juara Terbuka Bahrain; Terbuka Sinai; ABF Tour (pusingan Thailand) dan Terbuka Antarabangsa Malaysia

* 2005 – Pingat emas Masters, beregu campuran dan berpasukan Kejohanan Boling Komanwel kedua di Cyprus