SEBUAH unit kediaman jenis pangsapuri kos rendah tular di laman media sosial susulan pengubahsuaian luar biasanya. Pemilik kediaman di tingkat satu itu dilihat berani mendirikan pagar di hadapan kawasan rumah selain membina bumbung sehingga ke ruangan parkir.

Foto itu dimuat naik menerusi sebuah grup di Facebook baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata menyifatkan ia melampau.

Tidak hanya menerima reaksi orang ramai, ia juga mendapat perhatian pendakwah dan tokoh kewangan Islam, Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman yang tidak bersetuju pengubahsuaian keterlaluan itu yang tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Ulasnya, balasan perbuatan mengambil tanah yang dimiliki orang lain bukan kepalang  apatah lagi jika doa orang dizalimi itu makbul.

“Luar biasa renovasi tanpa tindakan? Tidak kira sama ada berkaitan gambar atau tidak, saya teringat perbahasan ulama berkenaan dosa merampas tanah orang lain dan doa bala khusus kepada penzalim.

“Rasulullah SAW bersabda :
مَنْ أَخَذَ شِبْرًا مِنَ الأَرْضِ ظُلْمًا، فَإِنَّهُ يُطَوَّقُهُ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ سَبْعِ أَرَضِينَ
Siapa yang mengambil sejengkal/sedikit saja tanah orang lain secara zalim maka dia akan ‘dikalungkan’* dengan tanah sebanyak tujuh lapis bumi pada hari kiamat“ (Hadis Sahih Muslim)

“Kalimah ini mempunyai pelbagai takwilan oleh para ulama. Secara zalim bererti secara paksaan atau kekasaran tanpa akad yang sah atau dengan akad yang sah zahirnya tetapi hasil daripada ugutan dan sepertinya,” ujarnya.

Gambar fail Sinar Harian

Dalam pada itu, Ustaz Zaharuddin turut mengulas mengenai sahabat Rasululullah SAW yang pernah menjadi mangsa dirampas tanahnya yang wajar dijadikan teladan.

“Seorang wanita (‘Arwa bt Uwais) mendakwa sebahagian tanah miliknya telah diceroboh dan dirampas seorang sahabat besar baginda Nabi SAW iaitu Said bin Zaid RA walhal tanah itu memang milik Said.

“Namun Said akhirnya mengalah dan membuat doa khusus untuk penzalim dan perampas serta penipu seperti wanita terbabit, iaitu:

اللَّهُمَّ إِنْ كَانَتْ كَاذِبَةً فَأَعْمِ بَصَرَهَا ، وَاجْعَلْ قَبْرَهَا فِي دَارِهَا

Ertinya : Ya ALLAH kira benar wanita ini menipu, maka butakanlah matanya dan jadikan kuburnya di dalam rumahnya. ( hadis dan kisah ini dalam Syarah Sahih Muslim oleh Imam Al-Nawawi),” kongsinya.

Kongsinya, tidak lama selepas itu, doa Said makbul. Wanita berkenaan akhirnya buta dan mengakui bahawa doa tersebut telah terkena pada dirinya.

Iklan

Tidak hanya itu, wanita berkenaan telah terjatuh ke dalam perigi rumahnya lalu mati selepas qada hajat Ternyata doa Said telah makbul.

Umum mengetahui bahawa pengubahsuaian kediaman di atas tanah bukan milik sendiri, ia adalah adalah pencerobohan dan tidak terlepas daripada doa orang yang dianiaya seperti Said.

“Awas wahai para penceroboh harta, penzalim dan penipu, doa mereka yang dizalimi adalah makbul.

“Mudah sahaja untuk mengubah kata ganti nama pada doa sahabat Rasulullah SAW tadi. Justeru, menurut fiqh Islam, boleh dimaafkan serta bersabar apabila dizalimi atau harus juga berdoa demikian,” ujarnya.

Semoga hal ini menjadi sempadan buat semua dan berhati-hati dalam merancang pengubahsuaian rumah.

Iklan

Sumber: Ustaz Dr Zaharuddin, Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!