Rupanya tepung penaik boleh DIY sendiri hanya guna 3 bahan mudah di dapur

TEPUNG penaik atau dikenali sebagai ‘self raising flour’ merupakan bahan penting dalam penghasilan kek.

Jika tiada tepung tersebut, kek yang dibuat tidak akan menjadi gebu sekali gus hanya tong sampahlah tempatnya.

Tengah ada mood nak buat kek, boleh pula tepung penaik tak ada di rumah?

Usah risau sekiranya situasi ini terjadi kerana ia boleh DIY buat sendiri hanya dengan bahan mudah.

Jadi, senanglah kalau tiba-tiba teringin membuat kek selepas ini.

Bagaimanapun menurut empunya resipi, Fazira Fauzi, tepung penaik itu tidak boleh dibiarkan terlalu lama sekadar cukup untuk buat kek dua hingga tiga kali sahaja.

Pesannya juga, semua jenis tepung gandum boleh digunakan.

Baca juga Resipi cucur ikan bilis viral rangup di luar lembut di dalam. Wanita ni kongsi tip jika nak hasilnya bulat-bulat comel!

Bahan-bahannya;

  • 500 gram tepung gandum
  • 7 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam

Cara membuatnya;

1. Campur semua bahan dan ayak sebanyak tiga kali.

2. Kemudian simpan di dalam bekas yang bersesuaian.

TIP!

  • Ketika mengukur bahan menggunakan sudu teh ia tidak perlu membukit.

Sementara itu, tahukah anda tiga jenis bahan penaik yang selalu digunakan dalam pembuatan kek, pastri mahupun kuih-muih seperti;

1. Serbuk penaik (baking powder)

Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double -action baking powder).

Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan mekar.

Iklan

2. Serbuk soda (soda bikarbonate/sodium bikarbonate)

Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan lain-lain.

Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.

Baca juga Susah nak jumpa dah kuih serabai atau kuih mayat ini. Ini cara paling senang nak buat

pankek
Sumber: Wikimedia Commons.

3. Serbuk tartar (cream of tartar)

Serbuk krim tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resipi yang menggunakan soda dan krim tartar bersama.

Iklan

Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid.

Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ia digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar.

Ketiga-tiga bahan ini juga dikenali sebagai bahan penaik kimia atau chemical leaveners. Ia berbentuk serbuk putih dan boleh dibeli di pasar raya dan kedai-kedai bahan kek. Fungsinya adalah untuk menaikkan dan meringankan adunan kek/kuih agar lebih gebu.

Sumber: Facebook Fazira Fauzi via Masak Apa Hari Ni..(MAHN), resipinoraini

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.