Sambal tumis guna minyak banyak? Ahli Kimia tampil beri penjelasan, cara guna yang betul wanita wajib tahu

Sambal tumis guna minyak banyak? Ahli Kimia tampil beri penjelasan, cara guna yang betul wanita wajib tahu
Sambal tumis guna minyak banyak? Ahli Kimia tampil beri penjelasan, cara guna yang betul wanita wajib tahu
A
A
A

Sambal tumis guna minyak banyak? Ahli Kimia tampil beri penjelasan, cara guna yang betul wanita wajib tahu

UMUM maklum, memasak sambal tumis memang memerlukan penggunaan minyak masak yang banyak bagi memastikan sambal itu dimasak sempurna.

Namun, penggunaan banyak minyak dalam hidangan itu menjadi perbualan hangat di laman sosial baru-baru ini.

Justeru itu, bagi menyelesaikan persoalan yang berbangkit berkenaan isu tersebut, ini penjelasan seorang ahli Kimia, ChM Doktor Fatimah Salim.

Sambal tumis guna minyak banyak? Ini sebabnya...

1. Jujur, memasak sambal memang perlukan banyak minyak. Tujuannya adalah untuk pastikan bahan sambal masak sempurna, sambal berasa sedap dan sambal tahan lebih lama.

2. Bukan apa, kandungan air yang lebih daripada minyak, akan menyebabkan kuman mudah membiak dan sambal cepat basi.

3. Mudah saja sebenarnya, kepada yang kurang minat minyak yang banyak, boleh saja asingkan minyak daripada sambal setelah sambal siap masak atau semasa dimakan. Minyak bersifat kurang tumpat, ia akan terapung atas masakan, maka mudahlah untuk diasingkan.

Sambal tumis boleh juga guna minyak zaitun;

Boleh pakai minyak zaitun untuk tumisan yang perlukan minyak banyak kerana;

  • Gunakan minyak yang lebih sihat.
  • Mengelakkan minyak membeku dalam peti sejuk.

Tapi kan, bukan kita makan sambal hari-hari. Dan jumlah yang diambil juga sedikit.

Banyak lagi makanan lain yang tinggi kandungan minyak. Maka, kita harus bijak untuk menyeimbangkan pengambilan minyak dan lemak harian daripada makanan.

Jenis minyak dan cara penggunaan yang betul;

Baiklah, alang-alang bercakap pasal minyak, mari kita ulang kaji pasal beberapa jenis minyak dan cara penggunaan yang betul.

Baca juga 7 risiko kesihatan guna minyak masak lebih 3 kali, mak-mak wajib tahu

Jangan guna minyak masak berulang kali, ini bahaya!

1. Menggoreng (deep fry)

Bagi menggoreng (deep fry), memang minyak sawit (sumber tumbuhan) paling stabil kerana tinggi kandungan lemak tepu.

Maka, tinggi titik asapnya. Boleh juga digunakan minyak sumber haiwan seperti minyak sapi, namun minyak daripada sumber haiwan sahaja mengandungi kolesterol.

Pun begitu kajian menunjukkan kolesterol daripada makanan hanya sedikit memberikan kesan kepada badan.

Hal ini kerana badan kita mempunyai mekanisma menghasilkan kolesterol sendiri. Maka, usahlah takut sangat dengan makanan yang mengandungi kolesterol.

2. Menumis

Menumis dengan suhu sederhana boleh guna minyak masak yang sederhana titik asapnya seperti minyak zaitun, jagung, canola dan kelapa.

3. Dressing

Sekiranya dimakan begitu saja aka dressing, boleh ambil minyak yang rendah titik asapnya dan rendah kandungan lemak tepu.

Minyak sebagai dressing membantu badan menyerap nutrisi larut lemak seperti vitamin A, D, E, K daripada komposisi salad.

Baca juga Minyak menggoreng, menumis jadi terlalu berbuih apabila guna senduk silikon. Selamatkah ia digunakan? Para ibu wajib tahu ni

Jangan guna minyak masak berulang kali, ini bahaya!

Jangan takut menggunakan minyak dalam masakan kerana;

  1. Usah takut mengambil dan menggunakan minyak. Hal ini kerana, selain memberikan rasa kepuasan dalam makan, ianya juga membekalkan tenaga dan membantu dalam penyerapan nutrien tidak larut air.

2. Komponen minyak juga membantu badan melawan keradangan, mengekalkan kesihatan otak, pemulihan sel-sel badan, melawan jangkitan kuman dan untuk pertumbuhan badan. Cuma jika dibandingkan dengan nutrisi lain, minyak mengambil masa lebih lama untuk dihadam.

Kolesterol jahat Liproprotein Ketumpatan Rendah (LDL) dalam badan;

Komponen minyak iaitu lemak trans pula dikaitkan dengan peningkatan kolesterol LDL dalam badan. Namun ingatlah, bukan komponen minyak saja yang boleh menaikkan kadar LDL dalam badan.

Senarai di bawah ini juga termasuk punca kepada tingginya LDL dalam badan;

  • Tekanan (stress)
  • Pengambilan gula yang berlebihan
  • Minuman beralkohol
  • Merokok
  • Gaya hidup tidak aktif
  • Berat berlebihan

Maka seperti yang selalu dipesan, bersederhanalah dalam apa juga makanan. Ingat, segala yang berlebihan boleh membawa mudarat.

Kenali diri dan ambil tahu keperluan badan sesuai dengan aktiviti harian, jantina dan umur.

Sumber: Facebook Fatimah Salim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca