MASA terperap di dalam rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu banyak dimanfaatkan bagi mengeratkan lagi hubungan keluarga.

Namun dalam masa yang sama, tidak dinafikan pelbagai cabaran tertentu berlaku termasuklah konflik perselisihan faham.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Setiap ahli keluarga kita berbeza, begitu juga setiap pertikaian. Tiada satu kaedah sesuai untuk semua bagi menyelesaikan setiap isu di dalam keluarga.

Malah, kita perlu menunjukkan sikap empati atau kefahaman, terutamanya dalam keadaan semasa apabila kebanyakan orang berada dalam tekanan, lebih-lebih lagi dengan ketidakpastian yang timbul.

Menurut Tinjau Selidik Kesejahteraan Bermula Dari Rumah (Wellness Begins at Home) Gardenia, tiga punca utama perselisihan dalam kalangan isi rumah Malaysia semasa PKP termasuk;

1. Pembahagian tugas mengemas dan membersih rumah

2. Masalah belajar dalam talian dan kerja sekolah

3. Penghuni rumah mengganggu semasa panggilan kerja atau kelas dalam talian diadakan

Pada hakikatnya, kita mampu mengurus dan mengatasi masalah ini.

Malah kita mungkin sudah tahu cara-cara untuk menyelesaikan pertikaian di tempat kerja, namun kita hanya perlu menyesuaikan kaedah ini supaya turut berkesan dalam suasana di rumah.

Lima gaya utama pengurusan konflik;

Pengurusan konflik ialah amalan menyelesaikan pertikaian dengan cara yang adil, saksama dan cekap.

1. Mengalah

Gaya pengurusan ini membolehkan salah seorang ahli keluarga untuk ‘menang’ dengan memberikan apa yang dikehendakinya. Pada asasnya salah seorang mesti mengalah demi kepentingan orang lain.

Positif: Pertikaian kecil boleh diselesaikan dengan mudah dan pantas.

Negatif: Ahli keluarga yang lantang mungkin mendapat apa yang dikehendaki kerana lebih mendesak dan berani bersuara. Atau jika anda daripada keluarga tradisional Asia yang menekankan pangkat dalam keluarga sebagai tanda hormat, mereka yang lebih muda dan kurang peranan lazimnya berasa suara mereka tidak didengari.

Iklan

2.Elakkan

Gaya atau cara mengelakkan konflik menggunakan taktik ‘bawa bertenang’ untuk memastikan situasi panas kembali reda. Ada masanya, korang juga boleh mengasingkan ahli keluarga yang sedang marah daripada perbincangan.

Positif: Sesuatu pertikaian mungkin terlalu dipengaruhi perasaan, oleh yang demikian meluangkan masa untuk bertenang akan membantu ahli keluarga berkenaan memberi tumpuan terhadap isu yang dihadapi.

Negatif: Jika sentiasa mengelakkan konflik tanpa mencari penyelesaian, masalah ini mungkin kembali menghantui keluarga atau meledak menjadi isu yang lebih besar.

Suami, fahamilah... ini yang tidak terluah oleh isteri

Iklan

3.Tolak Ansur

Bertolak ansur bermaksud mencari jalan tengah. Pendekatan ‘menang-menang’ ini menjadikan pengorbanan seseorang lebih mudah diterima.

Positif: Ahli-ahli keluarga yang terlibat akan berasa diri mereka diberi perhatian. Perasaan setiap ahli keluarga harus diambil kira.

Negatif: Mengorbankan sesuatu mungkin mempunyai maksud berbeza bagi setiap ahli keluarga. Sesetengah pengorbanan mungkin nampak lebih besar daripada yang lain.

4.Kerjasama

Gaya kerjasama mungkin kaedah paling panjang dan mencabar untuk menguruskan konflik; terutamanya kerana semua ahli keluarga perlu duduk semeja, mempertimbangkan setiap keperluan dan kehendak setiap ahli dan mencari jalan penyelesaian bersama-sama.

Walaupun setiap gaya pengurusan memerlukan komunikasi, gaya ini memerlukan paling banyak interaksi.

Positif: Berpuas hati

Negatif: Korang mungkin perlu meluangkan masa sepanjang hujung minggu untuk mencapai kata sepakat.

Baca juga Varian baru IHU B.1.640.2 pula dikesan di Perancis, berikut 5 fakta mengenainya

5.Bertegas

Ada masanya korang sebagai ibu bapa perlu bertegas. Walaupun anak-anak mungkin tidak suka, ibu bapa selaku orang tua mesti membuat keputusan yang sukar.

Positif: Sebagai ibu bapa, rasa selesa dan yakin dengan keputusan yang dibuat kerana hakikatnya, korang tahu apa yang terbaik untuk keluarga.

Negatif: Malangnya, anak-anak mungkin tidak faham pada mulanya dan mungkin tidak puas hati dengan korang buat seketika.

Walaupun negara kita akan memasuki fasa endemik, kita masih perlu berwaspada dan berhati-hati dalam aktiviti harian.

Terus berbuat baik dan menjaga hati antara satu sama lain kerana kita tidak tahu apa yang sedang dilalui oleh mereka akibat pandemik.

Ramai yang kehilangan orang tersayang dan punca pendapatan serta bagi sesetengah orang, kehidupan tidak lagi sama seperti dulu.

Sumber: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd