“Sedih bila melihat keadaan begini…” ujar Dr. Noor Hisham

“Sedih bila melihat keadaan begini…” ujar Dr. Noor Hisham
“Sedih bila melihat keadaan begini…” ujar Dr. Noor Hisham
A
A
A

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dilihat meluahkan rasa kecewa terhadap situasi perhimpunan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menjelaskan, kerap kali pihak Kementerian Kesihatan (KKM) memberi peringatan kepada orang awam sebelum ini agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan wabak pandemik Covid-19.

Dr. Noor Hisham dilihat menyuarakan pandangan beliau di salah satu berita di laman twitter yang diterbitkan oleh portal media tempatan yang bertajuk ”Ahli Parlimen bimbang wujud kluster baru”. hari ini.

“Sudah terang lagi bersuluh setiap hari KKM mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya satu (1) meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan.

“Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri,” tulis beliau menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Terdapat banyak gambar tular di media sosial hari ini yang memaparkan orang ramai berhimpun tanpa mematuhi SOP termasuk penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka dengan betul di luar kompleks mahkamah tersebut.

Perkara seperti ini sepatutnya tidak perlu berlaku. Apa guna kita berkurung selama ini hampir tiga bulan jika sifat kesedaran dalam diri individu yang tidak bertanggungjawab masih menebal seolah-olah tiada apa pun yang berlaku.

Diharap pihak berwajib dan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya buat mereka yang masih berdegil!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca