RIBUAN ucapan selamat, doa dan harapan ditujukan khas kepada Perdana Menteri ke lapan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan ulang tahun kelahiran beliau ke-73 beliau, hari ini.

Muhyiddin yang dilahirkan pada 15 Mei 1947 dari Muar, Johor itu adalah individu berperanan besar mengetuai dan mewakili negara khususnya dalam menangani pandemik Covid-19 di negara ini.

Sudah pasti rakyat negara ini menerusi pelbagai platform laman sosial seperti akaun Facebook, Instagram dan Twitter akan dibanjiri dengan pelbagai ucapan dan mendoakan beliau sentiasa dirahmati dalam mengharungi cabaran melanda negara ketika ini.

Kami warga kerja SinarPlus sendiri ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari lahir buat Perdana Menteri dan mendoakan beliau dimurahkan rezeki serta dilindungi serta dipermudahkan urusan dalam memerangi penularan wabak berkenaan.

Terima kasih kerana sentiasa bersama kami, rakyat Malaysia dalam menempuhi pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Untuk info, Muhyiddin telah mendirikan rumah tangga pada 22 September 1972 dan hasil

daripada perkongsian hidup beliau bersama Datin Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman,

mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Salah seorang anak perempuan beliau juga seorang artis yang cukup dikenali ramai

Iklan

iaitu Najwa atau nama pentasnya Najwa Mahiaddin yang terkenal dengan lagu

bertajuk Senyum yang didendangkan bersama rapper lagenda iaitu Malique Too Phat.

Halaa lagu yang lirik dia ‘senyum tak perlu kata apa-apa’, ingat tak?

Iklan

Bapa beliau, Muhammad Yassin Muhammad adalah seorang ulama terkenal di Bandar Maharani di Muar, Johor.

Bagi menghargai jasa dan bakti yang dicurah oleh beliau, marilah kita sama-sama mengucapkan Selamat Hari Lahir dan mendoakan kesejahteraan ke atas kesihatan beliau.