UMUM maklum negara kini sedang berhadapan bencana banjir yang melanda banyak negeri di seluruh Malaysia.

Banjir kali ini bukan sahaja di Pantai Timur malah turut mengakibatkan Lembah Klang menjadi lumpuh.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Justeru, kerajaan mengumumkan cuti kecemasan sehari hari ini bagi penjawat awam yang terkesan dengan banjir selain memperuntukkan RM100 juta bagi membaiki rumah dan infrastruktur yang rosak akibat bencana yang melanda lapan negeri sejak kelmarin.

Negeri-negeri tersebut ialah Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memahami kesulitan yang dialami kakitangan awam disebabkan banjir.

Kereta tenggelam banjir, jangan hidupkan enjin. Lakukan 9 tip ini

Iklan

Katanya, selepas segala urusan termasuk mencuci rumah telah selesai, maka kakitangan awam terlibat boleh bekerja semula.

Kakitangan boleh berbincang dengan ketua jabatan masing-masing (berapa lama cuti). Itu termasuk kakitangan awam pada peringkat kerajaan negeri.

Baca juga Kereta tenggelam banjir, jangan hidupkan enjin. Lakukan 9 tip ini

Iklan

Menurut beliau juga, untuk kakitangan swasta, syarikat turut disarankan memberi pekerja cuti berbayar dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka.

Sementara itu, kerajaan juga bersetuju menyediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain.

Bantuan ini turut melibatkan Bantuan Wang Ihsan, di mana setiap ketua isi rumah terjejas banjir di lapan negeri berkenaan akan menerima sumbangan RM1000.