Sesak nafas naik tangga 2 tingkat mungkin alami masalah jantung, ini yang anda wajib tahu

A
A
A

Sesak nafas naik tangga 2 tingkat mungkin alami masalah jantung, ini yang anda wajib tahu

"JIKA anda sesak nafas setelah naik tangga dua tingkat, anda mungkin ada masalah jantung!"

Masalah orang zaman sekarang. Tak ada masa nak bersenam dan tempat nak bersenam.

Terutamanya yang tinggal di bandar-bandar. Hasilnya ramai yang ada masalah kesihatan.

Jangan risau! Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ada berkongsi senaman ringkas yang sesuai untuk orang bandar macam anda semua! Panjat tangga!

1. Memanjat tangga diklasifikasikan sebagai senaman berat, dan membakar lebih banyak kalori setiap minit berbanding berjogging.

2. Memanjat tangga ada senaman yang sesuai untuk orang bandar sentiasa yang kesuntukan masa serta tempat untuk beriadah/bersenam.

Baca juga Rajin bersenam, minum kopi tanpa gula, rahsia sihat dan awet muda Nadia Annuar

Kredit foto: Freepik

3. Memanjat tangga tidak memerlukan kemahiran tinggi, kelincahan, atau sebarang latihan spesifik. Ia boleh dilakukan di mana-mana bangunan.

4. Memanjat tangga di tempat kerja tidak kelihatan janggal atau seperti membuang tabiat berbanding dengan berlari-lari anak di tempat kerja.

5. Memanjat tangga lebih menjimatkan masa berbanding menunggu lif, jika sesuatu bangunan itu mempunyai lima tingkat atau kurang.

6. Memanjat tangga memerlukan lapan hingga sembilan kali lebih tenaga berbanding duduk, dan membakar sekitar tujuh kali lebih kalori daripada menggunakan lif.

7. Memanjat 20 anak tangga bakar sekitar tiga kalori, bersamaan 0.17 kalori setiap langkah menaiki anak tangga. Satu tingkat mempunyai 17-20 anak tangga.

8. Menuruni 20 anak tangga membakar kalori pada kadar lebih rendah iaitu sekitar satu kalori, bersamaan 0.05 kalori setiap langkah menuruni anak tangga.

9. Menuruni anak tangga bakar kurang kalori, tetapi menguatkan otot berlainan dengan otot untuk memanjat tangga. Buat keduanya baru seimbang.

10. Memanjat tangga membakar lemak pada kadar selari dengan berat badan anda. Semakin tinggi berat badan, semakin banyak kalori dibakar.

11. Memanjat tangga dengan melangkau satu anak tangga pada setiap langkah tidak membakar lebih kalori berbanding memanjat setiap anak tangga.

12. Memanjat tangga tujuh hingga 10 minit sehari menurunkan risiko masalah jantung, osteoporosis, kencing manis, darah tinggi dan obesiti.

Baca juga Selalu kejang otot selepas bersenam. Ini sebab dan cara atasinya dengan mudah

Kredit foto: Freepik

13. Untuk faedah kesihatan yang optimum, buat senaman memanjat tangga 30 minit, tiga kali seminggu. Bersamaan 90 minit seminggu.

14. Memanjat tangga lebih mesra alam sekitar. Ia kurangkan pengeluaran karbon sebanyak 0.3-0.6kg CO2 sehari, melalui penjimatan tenaga operasi lif.

Ha! Dah tak ada alasan, kan?

Nota: Jika kalian ada masalah jantung atau sendi, jumpa dulu doktor sebelum nak cuba senaman panjat tangga.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca