SEMUA umat Islam kini masih dalam suasana kemeriahan meraikan Aidilfitri.

Umumnya hari raya adalah hari yang ditunggu-tunggu ramai untuk menjamah juadah yang lazat.

Ada sesetengahnya mengambil peluang selama sebulan bagi menjamu dengan pelbagai juadah untuk sanak saudara dan sahabat handai.

Namun bagi ibu mengandung, mereka masih perlu berhati-hati dan menjaga pemakanan agar tidak memberi kesan kurang baik kepada bayi dalam kandungan.

Pemakanan yang sihat adalah sangat penting bagi perkembangan si kecil.

Seperti yang disyorkan Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad, berikut tip pemakanan sihat untuk ibu hamil;

1. Daging separuh masak

Pastikan daging yang dimakan masak sepenuhnya. Ia penting kerana takut terjadinya keracunan makanan. Daging yang kurang masak berisiko tinggi untuk mengundang pencemaran bakteria seperti salmonella, koliform dan toksoplasmosis.

2. Teh tarik, kopi, teh berkafein

Bila tengok teh tarik atau teh ais tu pasti rasa teringin untuk minum tetapi janganlah minum berlebihan. Pakar menasihatkan untuk mengehadkan pengambilan kafein kira-kira hanya satu cawan sehari (lebih kurang 200mg atau cawan 11auns).

Ini kerana kafein boleh melalui plasenta dan memasuki cecair amnion dan ke aliran darah bayi walaupun badan boleh menyingkirkan kafein tersebut tetapi bagi bayi yang sedang membesar ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk memprosesnya.

3. Kuih raya, biskut raya

Bagi ibu yang mengalami kencing manis semasa hamil, mereka perlulah menahan diri daripada kuih raya dan seangkatan dengannya. Walaupun saiz biskut tidaklah besar tetapi kandungan gula dan lemak tepu di dalamnya sering menyebabkan kenaikan berat badan, masalah jantung dan juga kencing manis. Jadi berpada-padalah ya!

4. Minuman berkarbonat

Apabila menziarah sanak-saudara adakalanya mereka menghidangkan kita dengan air berkarbonat tetapi sangat disarankan untuk para ibu mengandung mengelak atau mengurangkan pengambilan.

Ini kerana minuman berkarbonat mengandungi gula, pewarna dan perasa tambahan yang kurang baik untuk kesihatan. Malah terdapat juga kafein di dalamnya dan ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan kelahiran pramatang.

Baca juga Hukum beri duit raya dalam Islam sebagai sedekah, tidak menyerupai angpau

5. Keropok, kerepek, maruku yang mengandungi MSG

Kandungan kalori, gula, lemak tambahan dan garam yang terdapat di dalam makanan ini berkemungkinan besar merisikokan diri untuk mendapat darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Kencing manis semasa hamil ini mempunyai risiko terjadinya komplikasi semasa melahirkan anak dan tidak boleh dipandang rendah. Oleh itu jauhkan diri daripada makanan ringan seperti kerepek, keropok dan maruku.

8 khasiat kacang hijau yang anda wajib tahu

Iklan

6. Kekacang

Pengambilan kekacang adalah dilarang bagi wanita hamil yang mempunyai sejarah penyakit alahan pada diri sendiri ataupun ahli keluarga yang lain. Ia adalah cara bagi mengelakkan bayi dalam kandungan mempunyai alahan yang sama.

Apa pun kuantiti yang diambil juga haruslah dipantau dan dikawal.

Antara penyakit yang boleh dihidapi oleh bayi adalah penyakit alahan, asthma, dan penyakit lain.

Kekacang kaya dengan sumber protein, namun bagi wanita hamil yang mempunyai sejarah alahan dan sejarah penyakit G6PD, hindarkan daripada mengambil kekacang.

7. Sate perut (organ dalaman)

Mungkin ada yang gemar dengan hidangan yang satu ini. Walaupun organ dalaman ini membekalkan vitamin A dan ada yang mengatakan organ dalaman seperti hati boleh bantu untuk menambahkan darah tetapi janganlah ambilnya terlalu kerap.

Iklan

Ini kerana antara risiko kesihatan dalam pengambilan organ dalaman seperti hati ayam ialah kepada bayi untuk mengalami kecacatan pada wajah, kepala dan jantung ataupun kecacatan semasa kelahiran dan juga masalah toksik hati yang teruk. Ia berpunca daripada kandungan toksik dan sisa buangan yang tinggi terkumpul pada organ dalaman tersebut.

Jangan ambil organ dalaman lebih daripada sekali dalam tempoh seminggu. Organ dalaman adalah antara organ yang menjalankan fungsi perembesan dan memproses segala sisa dan toksik dalam tubuh. Jadinya, ia tidak bermanfaat untuk menjadi salah satu amalan dalam pemakanan terutama bagi wanita hamil.

Justeru, Bibir Merah sarankan kepada ibu hamil agar lebih peka tentang kesihatan diri dan bayi.

Tak salah ‘berkorban’ sedikit melawan nafsu makan ketika sedang mengandung ini.

Raya tahun hadapan boleh balas dendam ya bakal ibu!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI