USAH terlampau gembira mendengar orang lain mendapat musibah dalam hidup. Sebaliknya doakan mereka menjadi lebih baik untuk kehidupannya.

Semua maklum baru-baru ini, bekas Perdana Menteri keenam Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan didenda RM210 juta, Selasa lalu.

Itu berikutan Najib gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Sehubungan itu, BibirMerah perhatikan penuh di laman sosial kata-kata nista warganet ucapkan, pelbagai makian dan ucapan yanag terlampau gembira mereka coretkan.

Baca juga Tinggal anak, isteri, ini kronologi kes bekas Perdana Menteri pertama ke penjara

Najib berharap dapat bertemu pakcik tular yang berdoa di luar masjid ketika pengebumian bonda

Dalam keadaan begitu, Bibir Merah sangat bersetuju dengan teguran yang dibuat oleh pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ustazah Asma’ meluahkan rasa terkilan melihat orang Islam khususnya menghina sesama sendiri di media sosial dengan perkataan yang kasar dan tidak sopan.

“Ramai yang bergembira (sejak Selasa lalu), cukup mengeluarkan kalimah syukur tanpa menghina individu terbabit. Undang-undang telah tertegak, apa keburukan berlaku pada dia kita tak boleh rasa gembira dengan ayat seperti padan muka, rasakan.

“Kebaikan pastinya pernah dibuat, jangan dinafikan perkara ini mustahil semuanya jahat dan keburukan,”katanya.

Tambah Ustazah Asma’, umat Islam di Malaysia tidak perlu mengagungkan politik sehingga saling bermusuhan sesama saudara seagama.

Iklan

“Tak perlu kita timbulkan fitnah lain kerana ketidakpuasan hati kita, musuh Islam tepuk tangan lihat kita bergaduh sesama sendiri dan orang bukan Islam pula mengeratkan hubungan mereka.

“Sebagai orang beriman kita tak boleh menghina atau kita tak boleh bergembira di atas kecelakaan orang lain lebih-lebih lagi saudara sesama Islam kita, tak kira siapa, bahkan orang itu pernah menghina dan fitnah kita,” pesannya.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ turut mengajak orang ramai untuk mendoakan Najib agar beliau dapat berubah menjadi seseorang yang lebih baik.

Iklan

Itulah mendokan orang lain untuk kebaikan dalam hidupnya adalah lebih baik. Moga kebaikan yang didoakan untuk orang lain akan berbalik kepada kita juga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.