YAYASAN Nurjiwa milik penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengambil inisiatif berkongsi rezeki dengan membawa beberapa penggiat seni tanah air mengerjakan umrah.

Rombongan tersebut berangkat pada 27 April lalu turut disertai oleh penyanyi nombor satu negara itu.

toktiMenerusi satu video di medium TikTok, kelihatan beberapa pelakon veteran yang terpilih seperti Imuda, Razak Ahmad, Zur Eda dan Rosnah Johari.

Difahamkan rombongan tersebut merupakan kerjasama yayasan berkenaan dengan syarikat Jay Ibrahim Al Islam bagi membantu menyelaraskan pengurusan jemaah di sana.

Dalam perkongsiannya baru-baru ini, Siti mengakui, peluang mengerjakan umrah adalah impian setiap umat Islam.

Justeru, pihaknya dan suami sangat berbesar hati dapat membantu merealisasikan hasrat terpendam segelintir penggiat seni tersebut.

Menjadi ‘tetamu ALLAH’ di Makkah menjadi impian setiap daripada kita selaku umat muslim. Namun, tidak semua orang dapat peluang ke sana jika belum sampai ‘serunya’, termasuk mempunyai kewangan yang cukup.

“Impian berkongsi rezeki ini sebenarnya tidak dirancang. Ia datang daripada ALLAH. Suami buat keputusan spontan dan minta saya mengajak rakan artis yang memerlukan dan sudah lama berhasrat ingin mengerjakan umrah, namun mereka mungkin berhadapan kekangan kewangan.

siti

Iklan

“Jadi, kami berikan peluang rezeki ini kepada penggiat seni senior yang mungkin kurang sihat, namun ada keinginan mereka ke Tanah Suci untuk umrah, sekali gus menjadi tetamu Allah,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Iklan

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!