[VIDEO] Sofyank sunting video ucapan hari jadi Zach King, hasilnya memang ‘real’ dan luar biasa!

A
A
A

NAMA Sofyank kini semakin popular dan cukup dikenali sebagai individu kreatif yang menghasilkan video hebat dengan teknik kesan khas yang sangat luar biasa.

Manakan tidak, sebelum ini video Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah juga pernah mendapat perhatian personaliti YouTube dan pencipta digital content terkenal dunia, Zach King dan Will Smith.

Mereka berdua kini dianggap sebagai ahli silap mata digital yang tidak pernah gagal membuat orang ramai kagum dengan video-video mereka hasilkannya. Video mereka sangat luar biasa!

Video-video Sofyank bukan sahaja mampu meraih tontonan ramai malahan berjaya mendapat pujian nama-nama besar.

Tidak terhenti di situ, Sofyank juga sejak kebelakangan ini dilihat telah berkolaborasi dengan jenama-jenama besar yang terkenal dan menghasilkan ilkan melalui video kreatifnya.

 Sofyank sunting video ucapan hari jadi Zach King, hasilnya memang ‘real’ dan luar biasa!

Dengan menggabungkan teknik suntingan kesan khas dan imaginasi yang tinggi, video-video yang dihasilkan pelajar berusia 24 tahun itu memang boleh dikatakan ‘next level’ dan luar daripada kebiasaan. Tahniah anak muda!

Terbaru, sempena hari jadinya pada 16 November lalu, Sofyank sekali lagi menghasilkan ‘video magic’ dan kali ini dia dilihat seakan berkolaborasi dengan idolanya yang tidak asing lagi iaitu Zach King.

Melalui video tersebut terdapat beberapa helah yang tidak dijangka seperti gula-gula bertukar menjadi belon dan komputer bertukar menjadi kek.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah video itu dihantar kepada idolanya, Zach King untuk video Magic of the Month yang dianjurkan oleh Youtuber.

Bukan sahaja video Sofyank antara video yang terpilih, malah dia juga mendapat ucapan hari jadi daripada Zach King sendiri yang cukup membuatkan Sofyank mampu tersenyum gembira.

Oleh itu, Sofyank telah mengambil kesempatan dengan membuat suntingan reaksi Zach King itu ke dalam videonya sebagai sentuhan terakhir dan hasilnya kelihatan seperti mereka telah berkolaborasi.

Memang kreatif dan sangat luar biasa! Kalau dah berbakat apa pun jadi. Hebat anak muda!

Perkongsian Sofyank itu juga telah membuat ramai dalam kalangan pengikutnya berasa kagum dan bangga dengan pencapaiannya. Tahniah!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca