SPayLater, Shopee tawar ciri kemudahan beli dulu bayar kemudian tanpa kad kredit

A
A
A

GAYA hidup, cara bekerja dan berbelanja dalam talian dalam kalangan masyarakat telah berubah dari tahun ke tahun.

Tambahan pula tingkah laku pengguna hari ini dilihat memanfaatkan sepenuhnya platform e-dagang untuk berbelanja semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Perkembangan tu telah mendorong perniagaan dari seluruh industri untuk memacu kehadiran digital mereka untuk kemudahan pelanggan.

Seperti platform e-dagang popular di Malaysia, Shopee, mereka sedia menawarkan beberapa kemudahan kepada pengguna dalam terus berbelanja di platform mereka.

Antaranya termasuk ciri sokongan untuk membeli kod baucar untuk diskaun tambahan, selain mengalakkan pengguna menggunakan ShopeePay.

SPayLater, Shopee tawar ciri kemudahan beli dulu bayar kemudian tanpa kad kredit

Terbaru, mereka turut menambah sebuah lagi ciri baharu yang dinamakan sebagai SPayLater.

Apa itu sPayLater?

Dengan kata mudahnya ciri baharu tersebut menawarkan pengguna membeli-belah terlebih dahulu dan membayar kemudian. Wow! Menarik bukan?

Ciri ini sama seperti penggunaan kad kredit yang mana bank mendahulukan bayaran dan pelanggan perlu membuat bayaran balik kepada pihak bank secara tunai atau ansuran.

Ciri SPayLater itu pula lebih mengfokuskan pengguna yang tidak memiliki kad kredit yang mana Shopee pula yang bertindak sebagai pihak yang mendahulukan bayaran bagi pihak pembeli.

Dengan langkah ini, kita boleh melakukan pembelian terlebih dahulu sementara menunggu gaji dan membuat bayaran kemudian.

Menurut Shopee, mereka mengatakan pengguna perlu melakukan pembayaran sebelum 10 hari bulan setiap bulan dan pembayaran boleh dibuat secara ansuran.

SPayLater terbuka kepada warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai Kad Pengenalan (MyKad) yang sah.

Seterusnya, kita cuma perlu melakukan pengaktifan melalui aplikasi mudah-alih.

Langkah untuk mengaktifkan adalah seperti di pautan ini : https://shopee.com.my/events3

Sebaik sahaja diaktifkan, pengguna akan diberikan had belanja masing-masing untuk tujuan SPayLater.

Selepas diaktifkan, pengguna akan ditawarkan pilihan bayaran melalui SPayLater ketika melakukan pembelian di Shopee.

SPayLater, Shopee tawar ciri kemudahan beli dulu bayar kemudian tanpa kad kreditUntuk tujuan beli dahulu, bayar kemudian, tiada sebarang caj pemprosesan diperlukan.

Namun, untuk pilihan pembayaran ansuran, pengguna akan dikenakan caj sebanyak 1.25 peratus sebulan.

Jika lewat membuat bayaran pula, pengguna juga akan dikenakan caj 1.5 peratus pada setiap bulan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca