PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan berlaku kemerosotan dalam gerak balas imun selepas satu tempoh tertentu selepas pengambilan vaksin.

Justeru, suntikan dos penggalak Covid-19 adalah penting bertujuan membantu meningkatkan semula gerak balas imun terhadap jangkitan sebenar virus, sama ada daripada varian asal ataupun varian yang membimbangkan (VOC) yang masih berlegar.

Baca juga: Rebut peluang! Warga Selangor boleh ambil ‘booster’ percuma bermula esok

Bagi penerima vaksin Covid-19 Sinovac Coronavac, kerana keberkesanannya paling cepat berkurang berbanding vaksin yang lain

Mereka dan individu 60 tahun ke atas perlu mengambil dos penggalak adalah perlu bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap.

Berikut adalah info ringkas mengenai perkara ini yang dimaklumkan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

1.WHO melalui Strategic Advisory Group of Experts on Immunisation (SAGE) mencadangkan penerima vaksin lengkap Sinovac mengambil dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap.

2. Selain itu, indivdiu berumur 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin siri primer juga perlu berbuat demikian.

3. Kumpulan ini perlu mendapatkan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari 2022.

4 .Sekiranya dos penggalak tidak diambil selepas Februari 2022, status vaksinasi mereka akan ditukarkan kepada tidak lengkap.

5. Ia sekali gus mengakibatkan mereka tidak dapat mendapat akses kepada kemudahan yang diberikan penerima dos lengkap vaksin Covid-19.

Iklan

Sehubungan itu, Khairy turut memberitahu, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan diwujudkan semula bagi mempercepatkan pelaksanaan program pemberian dos penggalak. Ia akan dimulakan di Lembah Klang.

Iklan

 

Baca juga: Individu Layak Dos Penggalak, Belum Vaksin Kini Boleh Daftar ‘Walk-In’

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: KKM