Suami, mungkin ini tanggungjawab yang terlepas pandang...

Suami, mungkin ini tanggungjawab yang terlepas pandang...
Suami, mungkin ini tanggungjawab yang terlepas pandang...
A
A
A

"ISTERI untuk disayangi dan dilindungi, bukan untuk dibebani dan dijadikan hamba abdi."

Begitulah perkongsian Dai Luqman di laman Twitternya baru-baru ini.

Pesanan ringkas itu dilihat ditujukan kepada suami-suami yang mungkin secara tak sengaja terlepas pandang tanggungjawab terhadap isteri.

Katanya, ketika akad nikah dilafazkan, suami bertanggungjawab sepenuhnya ke atas isteri.

"Sebab itu, saat kita akad nikah, kita dah sedar, kita bukan hanya nak mengahwini isteri kita.

"Tetapi kita juga sudah bersedia untuk memikul segala tanggungjawab kita ke atas isteri dan anak-anak yang bakal dilahirkan kelak.

"Namun, isteri yang baik, akan membantu suami tatkala melihat suami dalam kesusahan menyediakan segala keperluan, tanpa rasa terpaksa.

"Take note para suami. Ada benda yang kita terlepas pandang menyebabkan kita melepaskan tanggungjawab kita yang akhirnya mengundang dosa buat kita," tulisnya.

Antaranya adalah;

1. Perabot rumah

Sofa, meja makan, dapur, mesin basuh, almari, peti ais, televisyen. Itu semua adalah tanggungjawab suami untuk menyediakannya.

2. Barang keperluan anak

Pampers, baju, susu tepung, mesin pump susu, makanan bayi, set berpantang isteri, itu semua juga perlu disediakan oleh si suami. Bukan paksa isteri untuk guna duitnya sendiri untuk membeli!

3. Barang dapur

Sayur, daging, ayam, telur, tepung, pinggan, mangkuk, pisau memotong, sabun cuci pinggan dan sebagainya. Suami kena sediakan. Suami bukan kerja makan dan membuang ja tau.

Suami isteri nak murah rezeki, amalkan 5 petua kasih sayang ini

4. Utiliti rumah

Bil elektrik, bil air, bil penapis air, bil telefon, duit kereta, duit minyak, semua suami yang kena sediakan, bukan paksa isteri untuk menyelesaikannya.

5. Keperluan isteri

Pakaian, makan minum isteri, kos kesihatan isteri, semuanya adalah tanggungjawab seorang suami untuk menyediakannya.

Sememangnya tanggungjawab suami adalah lebih besar dan berat namun tiada halangan buat isteri untuk membantu meringankan tugas suami.

Dengan cara ini, setiap pasangan mampu untuk sama-sama menempuhi susah senang hidup bersama dan membawa kepada hubungan yang lebih matang dan bahagia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca