Subhanallah, indahnya! 10 foto fenomena Halo Matahari yang buat ramai terpukau
LAMAN sosial hari ini dipenuhi keindahan foto rakaman fenomena dikenali Halo Matahari yang berlaku sejak
tengah hari tadi.
Fenomena Halo Matahari berlaku di mana bayangan pelangi seakan gegelung cincin dapat dilihat terbentuk dan
mengelilingi matahari.
Kejadian itu dapat dilihat dihampir ke semua negeri di Semenanjung Malaysia selepas ia diselaputi awan nipis atau dikenali sebagai awan cirrucumulus.
Fenomena optik ini juga berlaku disebabkan cahaya matahari melalui terbias dan terpantul apabila ia bergerak
memasuki kristal ais berbentuk heksagon di dalam atmosfera.
Apabila melalui hablur ais tersebut, cahaya akan terbias pada suatu sudut dan akan muncul suatu lingkaran
cahaya yang mengelilingi matahari.
Keindahan gegelung cincin mengelilingi matahari itu telah berjaya memukau pandangan ramai yang begitu teruja terhadapnya.
Justeru itu, warga maya tidak melepaskan peluang untuk berkongsikan keindahan Halo Matahari di laman sosial
terutamanya di Facebook dan Twitter.
Ramai yang terpesona dengan keindahan tersebut dan berkongsi rakaman foto serta video fenomena berkenaan
yang dapat dilihat di tempat mereka.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Baca juga Melampau sangat bila sanggup tunjuk anu! 5 langkah ini mangsa perlu buat segera
Sumber: Facebook dan Tweeter
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang