PENGELUARAN Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada orang ramai yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Semalam, KWSP telah mengumumkan butiran lanjut mengenai permohonan skim pengeluaran ini.

Antara mereka yang layak memohon ialah pencarum berumur 55 tahun ke bawah. Ia termasuk bagi bukan warganegara dan pemastautin tetap.

Selain itu, pemohon perlulah mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan dibuat.

Antara ciri keunikan i-Citra ialah pekerja dari sektor perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen juga boleh memohon. Bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

 

 

Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000 di mana bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.

Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.

 

Bayaran i-Citra akan menggunakan simpanan dalan akaun 2 dan sekiranya tidak mencukupi, simpanan daripada Akaun 1 akan digunakan.

Bagi yang memiliki baki akaun yang kurang, bayaran minimum adalah sebanyak RM50 dan ia perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang jika ada.

Iklan

Korang boleh mengemukakan permohonan i-Citra mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021 secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my.

Baca juga 6 Perkara Tentang Pengeluaran I-Citra KWSP Anda Perlu Tahu

KWSP bagaimanapun memaklumkan portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021 nanti manakala maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Iklan

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

Skim pengeluaran ini lebih mudah berbanding skim pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar yang lalu. Diharapkan langkah ini dapat membantu mereka yang terkesan sepanjang musim pandemik ini.

Sumber: KWSP