Tahniah! Nur Dhabitah raih perak kedua di Birmingham, 7 info berkaitan
TAHNIAH buat atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabriyang sentiasa mempamerkan aksi yang membanggakan.
Terbaru, Dhabitah berjaya merangkul pingat perak dalam acara 3m Papan Anjal Wanita Akhir di Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Sandwell Aquatics Centre, Birmingham, semalam.
Menurut laporan media tempatan, berikut info pencapaian;
1. Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media itu mendahului carta selepas terjunan ketiga dengan 207.90 mata, namun menampilkan gerakan kurang kemas pada terjunan keempatnya yang hanya mengutip 55.50 mata dan akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat kedua.
2. Saingan terdekatnya Maddison Keeney dari Australia meraih 75.95 mata menerusi terjunan keempat untuk merampas kedudukan teratas.
3. Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu bangkit untuk memperoleh 67.50 mata selepas terjunan kelima dan terakhir, bagaimanapun sudah terlewat untuk mengatasi Keeney yang terus mempamerkan aksi mantap bagi memikat para juri dengan 72.00 mata sekali gus membawa pulang emas buat Australia.
4. Nur Dhabitah yang ditemui selepas pusingan akhir 3m papan anjal di Sandwell Aquatics Centre itu bagaimanapun berpuas hati dengan keputusan tersebut.
5. Ujarnya, untuk Sukan Komanwel kali ini, memang dia tak fokus sangat (pada) acara 3m papan anjal kerana lebih tumpu kepada acara 10m platform dan seirama.
6. Terdahulu, Nur Dhabitah menyumbang perak dalam acara 3m papan anjal seirama bergandingan dengan Wendy Ng Yan Yee.
7. Kali terakhir penerjun berusia 23 tahun itu beraksi dalam acara tersebut ialah pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun lepas dengan kedudukan di tempat keempat.
5 INFO MEMBANGGAKAN NUR DHABITAH;
1. Nur Dhabitah dilahirkan pada 12 Julai 1999 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Bapanya, Sabri Hashim yang bertugas sebagai seorang guru dan ibu Fazidah Jaafar, adalah penyokong kuatnya.
2. Dhabitah memperoleh pingat emas pertama buat negara bagi acara terjun seirama 3 meter Wanita bersama pasangan Ng Yan Yee, di Grand Prix Terjun FINA 2014, Kuala Lumpur.
3. Dhabitah memulakan sukan renang pada usia lima tahun dan hanya membuat keputusan untuk menceburi acara terjun ketika berusia lapan tahun. Bapanya percaya tubuh kecil Dhabitah lebih sesuai untuk acara itu.
4. Antara idola terjunnya ialah Bryan Nickson Lomas, yang merupakan penerjun Malaysia termuda yang layak ke Sukan Olimpik Athens 2004 pada usia 14 tahun dan Pandelela Rinong yang menggondol dua pingat Olimpik dan merupakan pasangan terjunnya kini.
5. Dhabitah bertanding dalam kejohanan antarabangsa sejak 2012 termasuk Sukan Komanwel, Siri Dunia Terjun FINA dan temasya Sukan Olimpik sebanyak dua kali iaitu Olimpik Rio 2016 dan Olimpik Tokyo 2020.
Tahniah kepada semua atlet negara yang beraksi di Sukan Komanwel Birmingham!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang