ATLET terjun negara, Nur Dhabitah Sabri sentiasa mempamerkan aksi yang membanggakan.

Terbaru, Dhabitah berjaya merangkul pingat emas pertama negara dalam kejohanan Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam.

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media itu merangkul pingat emas pertama negara menerusi saingan final acara 1 meter (m) papan anjal individu di Pusat Akuatik My Dinh.

Dhabitah di samping Kimberly. Masing-masing membawa pulang pingat emas dan perak buat negara bagi acara acara 1 meter (m) papan anjal individu.

Baca juga: Dhabitah kini pelajar UKM, pilih Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media

Dalam acara itu, Dhabitah mengenepikan saingan rakan senegara Kimberly Bong yang beroleh tempat kedua sekali gus menyumbang pingat perak buat Malaysia.

Dhabitah yang juga pembawa bendera kontinjen Malaysia pada temasya itu berharap ia akan menjadi motivasi kepada barisan atlet negara untuk mencipta kejayaan.

Terdahulu, Dhabitah hampir meraih pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas mendapat tempat ke-4 dalam aksi final acara 3 meter papan anjal wanita.

Penerjun berusia 23 tahun itu menamatkan lima terjunan dengan kutipan mata 326.15, hanya 17.6 mata di belakang pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer.

Baca juga: Dhabitah Sabri Atlet Terjun Negara Pernah Terima Darjah Kebesaran YDP Agong 2 Tahun Lalu

5 INFO MEMBANGGAKAN NOR DHABITAH

  1. Nur Dhabitah dilahirkan pada 12 Julai 1999 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Bapanya, Sabri Hashim yang bertugas sebagai seorang guru dan ibu Fazidah Jaafar, adalah penyokong kuatnya.

2. Dhabitah memperoleh pingat emas pertama buat negara bagi acara terjun seirama 3 meter Wanita bersama pasangan Ng Yan Yee, di Grand Prix Terjun FINA 2014, Kuala Lumpur.

Iklan

Baca juga: Gambar lama Dhabitah tular, badan dilipat masa berlatih, warga maya luah rasa kagum

3. Dhabitah memulakan sukan renang pada usia lima tahun dan hanya membuat keputusan untuk menceburi acara terjun ketika berusia lapan tahun. Bapanya percaya tubuh kecil Dhabitah lebih sesuai untuk acara itu.

4. Antara idola terjunnya ialah Bryan Nickson Lomas, yang merupakan penerjun Malaysia termuda yang layak ke Sukan Olimpik Athens 2004 pada usia 14 tahun dan Pandelela Rinong yang menggondol dua pingat Olimpik dan merupakan pasangan terjunnya kini.

5. Dhabitah bertanding dalam kejohanan antarabangsa sejak 2012 termasuk Sukan Komanwel, Siri Dunia Terjun FINA dan temasya Sukan Olimpik sebanyak dua kali iaitu Olimpik Rio 2016 dan Olimpik Tokyo 2020.

Iklan

Baca juga: Miliki 2 pingat Olimpik, 7 dari kejohanan dunia, 16 fakta Pandelela yang mengagumkan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI