AMALKAN gaya hidup sihat sepanjang hayat! Berhenti merokok sebelum terlambat!

Menurut kajian, merokok mampu meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok.

Merokok juga boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan manusia.

Walaupun untuk menghilangkan ketagihan merokok itu didakwa bukan satu perkara yang mudah, namun bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Merokok bukan sahaja sudah jadi kebiasaan malah telah jadi kebergantungan serta alat bersosial.

Kebergantungan kepada nikotin dari sumber luar (rokok) ini menyebabkan timbulnya simptom ketagihan bila nikotin dari sumber luar ini diberhentikan secara mendadak.

Simptom ketagihan rokok adalah lesu, kurang fokus, sakit kepala, resah, dan sebagainya. Simptom-simptom ini menjadikan usaha berhenti merokok agak sukar.

Generasi lahir 2004 haram merokok! New Zealand mahu wujud negara bebas asap

Jika korang sudah mengamalkan banyak petua berhenti merokok namun tidak berjaya, boleh pula mencuba cara yang diberikan doktor Kesihatan dan Perubatan, Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.

Dengan menggunakan ubat bantuan berhenti merokok! Ubat bantuan ini juga boleh mengawal ketagihan yang kuat dan mengurangkan simptom-simptom tersebut.

Doktor atau ahli farmasi boleh membantu menyesuaikan pelan berhenti merokok bersama-sama dengan penggunaan ubat bantuan berhenti merokok.

1. Terapi Penggantian Nikotin (NRT).

NRT berfungsi untuk mengurangkan kesan ketagihan nikotin ketika proses berhenti merokok.

Ia menyalurkan nikotin ke dalam badan dalam kadar yang terkawal.

NRT terdapat dalam pelbagai bentuk seperti tampalan transdermal dan gula getah oral.

Tampalan transdermal

  • Menyediakan sokongan sepanjang hari dengan membantu melegakan simptom penarikan

Gula getah oral

Iklan
  • Memberikan kawalan yang pantas apabila ketagihan yang kuat menyerang.
  • Ubat bantuan berhenti merokok boleh dipilih sama ada dengan menggunakan tampalan transderma atau gula getah oral.

Bagi perokok tegar atau mereka yang gagal berhenti sebelum ini, gabungan kedua dua bentuk NRT (tampalan dan gula getah) telah terbukti meningkatkan kadar kejayaan.

NRT boleh didapati tanpa preskripsi dari farmasi. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk anda menjalankan penilaian awal berhenti merokok dengan profesional kesihatan untuk menentukan dos yang sesuai.

2. Ubat tanpa nikotin.

Ubat tanpa nikotin terdapat dalam bentuk pil. Ia merangsang kawasan otak yang sama seperti nikotin.

Ia membantu mengurangkan ketagihan ketika proses berhenti merokok.

Iklan

Mana nak dapatkan ubat-ubat ni?

Di klinik-klinik kesihatan, ada perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok. Boleh dapatkan nasihat dan preskripsi ubat berhenti merokok daripada doktor dan ahli farmasi di sana.

Mulakan usaha pada 2022 ini! Moga tahun ini permulaan hidup korang bebas rokok!

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan