BUKAN sekali dua kes kemalangan di negara ini melibatkan pemandu mabuk! Entah sampai bila masyarakat bergadai nyawa dengan golongan tersebut.

Terbaru, kes kemalangan meragut empat nyawa sekeluarga akibat dirempuh pemandu lalok di Bentong, Pahang semalam.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Tragedi ngeri itu membuatkan ramai yang sebak dan geram. Berikut kronologi kejadian.

1. Satu keluarga yang mahu menghadiri majlis perkahwinan di Kuala Lumpur berakhir tragedi apabila empat daripadanya termasuk tiga kanak-kanak maut selepas kenderaan mereka dirempuh dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer (KM) 2 Jalan Lebu ke Mempaga berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) di Bentong, semalam.

2. Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dinaiki keluarga dari Gua Musang itu mahu Kuala Lumpur dirempuh pacuan empat roda Nissan Navara dalam kejadian pada apabila tiba di tempat kejadian pada 2.30 petang.

3. Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, empat mangsa yang maut itu terdiri daripada seorang perempuan dewasa, dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

Iklan
Tak kesampaian hadir majlis perkahwinan, 4 sekeluarga maut dirempuh pemandu lalok, ini kronologi kejadian
Foto Facebook

4. Katanya, mangsa yang maut itu dikenal pasti sebagai Raihan Mohamad, 43, seorang suri rumah dan tiga anaknya iaitu Ahda Dalili Mohd Nazri, 14; Ahmad Muaz, 7, dan Ahda Imtinan berusia empat tahun.

5. Menurutnya, pemandu MPV yang juga suami Raihan, Mohd Nazri Hamid, 43, seorang guru di Felda Aring 1, Gua Musang dan pemandu pacuan empat roda hanya mengalami cedera ringan.

6. Ujarnya lagi, berdasarkan maklumat, kenderaan dinaiki keluarga berkenaan membelok masuk ke simpang kanan selepas lampu isyarat hijau sebelum mendapati kenderaan di sebelah kanan dari arah bertentangan berhenti secara tiba-tiba.

7. Ulas Zaiham, pacuan empat roda berkenaan yang datang dari arah hadapan dipercayai tidak berhenti sebelum bertembung dengan MPV berkenaan.

Baca juga Padah berlagak samseng tahan kereta, pemandu Proton Perdana diberkas polis

8. Zaiham mengesahkan pemandu pacuan empat roda berkenaan yang cedera di kepala didapati positif dadah opiate, amphetamine dan methamphetamine. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987.

Sementara itu, jenazah empat beranak tersebut dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panchor, Pengkalan Chepa pada 9.50 pagi tadi.

Iklan

Al-Fatihah, salam takziah kepada keluarga mangsa. Semoga pemandu yang mabuk akan dikenakan hukuman yang setimpal.