Tak perlu jahit, hanya tampal dan seterika lencana atau tag nama dengan bahan-bahan ini. Hasil pun nampak kemas

SETIAP kali menjelang sesi persekolahan, mesti emak-emaklah yang paling sibuk menguruskan hal anak-anak.

Bukan saja daripada urusan membalut buku teks dan latihan yang bertimbun, malah part tampal lencana dan tanda nama pun kena buat.

Si ayah pun ada juga membantu, tapi kerja renyah seperti menjahit atau menampal, mesti minta si ibu yang handle.

jahit lencana
Sumber foto: Pexels

Bayangkan jika empat lima anak perlu diuruskan, mesti berpinar-pinar mata nak menjahit lencana pada baju sekolah, kan?

Tip berguna yang dikongsikan pengguna TikTok, Gina Basri mungkin boleh memudahkan kerja kita semua.

Hanya menggunakan double tape sahaja, lencana sekolah atau tanda nama terlekat kemas pada baju sekelip mata.

jahit lencana

Berikut cara yang dikongsikan:

1. Tampal double tape pada lencana kemudian letak pada kedudukan baju yang ditetapkan.
2. Letak kain basah dan tekap dengan seterika.
3. Buat berulang kali sampai lencana betul-betul melekat.

Baca juga Try guna dua trik ini dulu sebelum panggil tukang paip, jimat duit dan gerenti puas hati

jahit lencana

Mudah jer, kan? Tak perlu nak jahit guna tangan satu persatu. Tampal tape terus siap.

Lagi pun kekemasan lencana dan tag nama tersebut lagi menyerlah.

GUNA ADHESIVE CLOTH & GAM FABRIK

Satu lagi kaedah viral yang sedang hangat di TikTok yang boleh dipraktikkan para ibu.

Fathia Rahim menunjukkan cara menggunakan adhesive cloth yang boleh dibeli di Shopee dan Lazada. Harganya pun murah!

jahit lencana

Hanya potong ikut ukuran lencana atau tag nama, kemudian panaskan menggunakan seterika.

Memang melekat cantik pada tudung atau baju sekolah.

Baca juga Tak perlu berbelanja besar untuk pelitup muka pakai buang, boleh jahit sendiri jer

Iklan

Adhesive cloth tersebut juga boleh digunakan untuk keperluan lain seperti nak adjust kaki seluar, jubah waima langsir sekali pun.

jahit lencana

Jika tak berapa suka dengan pendekatan menggunakan double tape atau adhesive cloth, mungkin para ibu boleh pertimbangkan gam fabrik.

Konsepnya juga sama tak perlu menjahit menggunakan mesin, dengan gam ia sudah boleh melekat dengan baik pada baju.

jahit lencana

Ikuti langkah mudah ini:

Iklan

1. Letak pelapik (guna kotak pun boleh) pada bawah baju atau tudung.
2. Bubuh gam pada lencana atau tag nama.
3. Siap!

jahit lencana

Mana-mana cara yang dikongsikan di atas memang senang nak ditiru.

Jadi, para ibu bolehlah cuba tip berguna untuk memudahkan kerja kalian.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.