Tak suka tengok blender kuning. Lelaki ini kongsi petua guna 4 bahan asas sahaja
MESIN pengisar anda ada kesan kunyit?
Dah basuh banyak kali pun masih melekat warna kuning tu.
Baunya pula yang kurang menyenangkan membuatkan kita rasa ia seakan tidak bersih.
Jadi, memang tak best kalau nak kisar jus atau adunan untuk membuat kuih atau kek.
Risau nanti rasa dan bau kunyit turut melekat sama.
Seorang pengguna Instagram menggunakan usernameCucu Adam berkongsi petua orang lama menghilangkan kesan kuning pada mesin pengisar tersebut.
baca juga: Kreatifnya! Wanita ini kongsi cara DIY tempat gantung medal anak guna bahan terpakai
Berikut bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya
Bahan-bahan
2 biji limau nipis
3 sudu makan beras
Garam
Air secukupnya
Cara penyediannya:
1. Masukkan 2 biji limau nipis dan beras ke dalam blender.
2. Kemudian, masukkan garam dan air secukupnya.
3. Kisar semua bahan.
4. Cuci bersih mesin pengisar tersebut.
Tambah lelaki berkenaan, mesin pengisar itu akan kelihatan lebih bersih jika disental sedikit.
Wah! Mak- mak selepas ini dah tak perlu risau kalau hanya ada satu saja pengisar di rumah.
Cuci bersih dengan menggunakan petua ini. Kemudian, bolehlah guna untuk kisar buah atau buat kuih.
Ia bukan sahaja bersih malah baunya juga wangi.
Selamat mencuba semua.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang