Anak merajuk jangan terus pujuk, boleh jadi lebih parah. Lelaki ini kongsi cara mudah ibu bapa boleh praktikkan!

No Image Caption
A
A
A

MENGURUS anak bukan semudah kita lihat contoh dari orang lain atau di sosial media. Ia sangat menguji kesabaran lebih-lebih lagi ketika 'angin' mengamuk tanpa sebab mereka muncul.

Bila anak dah sampai tahap itu, ada sesetengah ibu bapa ambil jalan mudah terus memujuk. Ketika itu sama ada mereka termakan dengan pujukan atau sebaliknya.

Namun lain pula bagi Mohd Fhais Salim yang juga seorang penulis artikel berkaitan keibubapaan.

No Image Caption

Beliau ada berkongsi hantaran mengenai situasi tersebut, pesannya sabar dahulu dari terus memujuk anak itu. Ini kerana jika mereka sudah terbiasa dipujuk, lama-kelamaan akan jadi 'naik lemak'.

"Anak-anak yang di usia empat tahun dan ke bawah, jika mereka mengamuk, jangan terus pujuk. Jangan terus kita melulu kelam kabut nak redakan dia punya emosi. Sabar...

"Memang betul kadang kita serabut kepala. Kita memang streslah tengok budak-budak mengamuk. Kadang dia mengganggu ketenteraan jiwa kita.

"Tapi sebenarnya silap. Kalau kita terus pujuk setiap kali dia mengamuk, makin lama rajukkan dia tu boleh makin parah," kata beliau.

Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, terdapat solusi yang ibu bapa boleh lakukan. Bukan sahaja dapat meredakan anak dari amukan, tetapi emosi kita juga turut kembali normal dan mengelak dari memarahi mereka. lebih-lebih lagi anak di usia itu sedang dalsm fasa meniru, jadi dengan cara ini mereka mudah untuk ikut.

No Image Caption

"Sebaliknya, kalau anak mula mengamuk, jangan pujuk tapi kita ajar dia untuk tenangkan diri. Boleh cuba amalkan teknik kira ke belakang. 10 sampai 1. 10, 8, 10, 9, 8, 7, 6 sampai 1. Kira kuat-kuat, tak apa. Habis kira tu, baru kita slow talk dengan anak.

"Tujuan ni apa adalah kira ke belakang ni sebenarnya dia boleh meredakan emosi kita, stres kita dan kemarahan kita. Sebelum nak suruh anak buat, kita buat dulu. Kita tunjuk sebab anak ni dia sangat mudah meniru. Mendengar ni susah sikit. Tapi meniru sangat mudah.

"Jadi, kita ajar, kita buat dan anak akan nampak lama-kelamaan dia akan ikut. So, dalam masa yang sama sebenarnya, kita mengajar anak untuk mengurus diri, mengurus emosi dia, mengurus tingkah laku dia. Dalam masa yang sama juga, kita mendirikan anak tentang kemahiran untuk mengawal diri dia.

"Kalau tengah marah, mengamuk, dia nak buat macam mana. Sebab itulah kita kena biarkan anak ni, dia perlu ada emosional independent. Kemandiri emosional. Maksudnya, mesti ada kemahiran berdikari dengan emosi sendiri," jelas beliau.

Bagi yang mahu mengikuti cara ini, jangan putus asa jika pertama kali mencuba dan tidak berhasil. kesabaran yang tinggi daripada ibu bapa akan memberi kesan yang terbaik buat anak-anak.

"Tapi jangan ada harapan tinggi, buat sekali terus jadi. Buat sekali, anak terus jadi matang. Tak lah. Dia perlukan learning journey ni panjang. Mungkin ada yang nak cepat, ada yang nak ambil masa. Tapi inilah step dia.

"Jangan terkejut kalau kita konsisten, istiqamah, praktik, buat depan anak, anak tu yang kira sendiri bila dia rasa marah," tambah beliau.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang