Tanda ‘no pork’, ‘no lard’ bukan 100 peratus halal, ada tipu daya dahsyat – Chef

RENTETAN isu yang tular baru-baru ini di media sosial mengenai restoran nasi ayam claypot popular di Sri Petaling didakwa menggunakan ‘rice wine’ dalam masakan.

Seorang pemilik restoran Abang Ameen Cuisine & Grill, Abang Ameen tampil berkongsi hakikat sebenar kerjaya sebagai seorang Chef apabila tidak semua kedai makanan berlaku jujur ketika memasak.

Ini kerana dia sendiri terlibat secara langsung dalam dunia tersebut.

Ameen mendedahkan kepada khalayak maya akan realiti sebenar dunia masakan.

Jelasnya ada banyak perkara ‘terselindung’ yang orang awam tidak tahu, khususnya yang melibatkan unsur syubhah mahupun diragui status halalnya.

Menerusi posting di Facebooknya, apa yang ingin dikongsikan itu bukan bertujuan membuka pekung di dada atau menyinggung perasaan sesiapa, sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman.

“Ini lah realiti yang harus kami tempoh sebagai seorang Chef demi secebis ilmu.

“Di sebalik makanan tersimpan seribu kelicikan. Berwaspadalah saudara semua apa yang hendak kita makan.

“Seandainya semua orang tahu apa yang telah kami (semua chef) ketahui nescaya kamu semua akan sangat takut untuk makan sebarangan. Kesangsian kami terhadap makanan sangatlah tinggi. Kerana kami kebanyakannya tahu akan kelicikan itu.

Baca juga Restoran ada tanda ‘no pork’, ‘pork free’ bukan 100 peratus halal

Kredit foto: Freepik

“Saya telah melalui pelbagai fasa dalam mengharungi dunia masakan ini. Pendek kata saya telah memasak pelbagai hidangan. Baik yang halal mahupun yang haram.

“Bukan hanya sekadar babi, tetapi ia lebih dari itu. Termasuk lah anjing yang harus di bakar kulitnya untuk mendapatkan isinya. ular sawa dan katak itu adalah hidangan biasa. Segala-galanya telah saya lalui demi secebis ilmu.

“Apatah lagi masakan yang menggunakan wain, samsu, sake ,vodka dan tequila ia adalah permainan untuk meningkatkan aroma dan rasa ketagihan,” ujarnya.

Ujarnya, selain itu lemak-lemak protein mahupun darah haiwan turut digunakan dalam masakan.

“Lemak-lemak protein haiwan juga digunakan sebagai base (ibu) pada masakan. White stock dan roux yang dihasilkan menjadi veloute.

“Lalu ia digunakan dalam semua masakan untuk rasa yang sangat umami. Veloute yang paling sedap adalah terhasil dari tulang sumsum seekor babi.

“Darah dan lemak juga sering digunakan di dalam menghasilkan stock, ia di masak hingga sebati dengan ramuan yang mana bila kita hirup rasanya tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Maka jadilah kita seperti Raja Bersiong yang hidup dalam ketagihan,” dedahnya.

Iklan

Baca juga Lebih 2,000 likes, resipi nasi ayam claypot Cina perkongsian wanita mualaf, terjamin bersih & halal

Bicaranya lanjut, restoran yang ada tanda ‘no pork’, ‘pork free’ bukan 100 peratus halal.

“Jadi ingin saya berpesan di sini, berhati-hati lah kalian semua jika ingin menikmati hidangan di luar.

“Terutama nasi ayam, mi kari, sup dan segala makanan jenis berkuah. Carilah yang halal bukan yang syubhah (ragu-ragu).

Iklan

“Jangan mudah percaya dengan papan tanda “NO PORK , NO LARD” kerana di sebalik perkataan itu tersembunyi tipu daya yang maha dahsyat,” tulisnya.

Titipnya lagi, kepada semua Chef Muslim, memasaklah dengan penuh beretika dan bertanggungjawab kerana kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap perkara yang kita lakukan atas dunia ini.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!