Tegur beri anak gajet punca ‘speech delay’, guru prasekolah mohon maaf, hanya tuju ibu bapa malas

MENDIDIK anak tidaklah semudah yang disangka. Setiap keluarga pasti diuji pelbagai rintangan dan dugaa. Antaranya apabila anak mengalami masalah speech delay atau lambat bercakap.

Speech delay adalah masalah pertuturan yang biasa terjadi kepada kanak-kanak. Ia merupakan kelewatan dalam keupayaan seorang kanak-kanak bercakap atau menghasilkan bunyi.

Berdasarkan garis masa perkembangan normal, si kecil sepatutnya mula menunjukkan perkembangan berikut pada 12 usia bulan.

Gambar hiasan

Baca juga: Anak kecil lambat bercakap tidak semestinya mereka autisme, ini penjelasan pakar

Ia adalah melambai atau menunjukkan ke arah objek, menggunakan beberapa bunyi konsonan atau menyuarakan keperluan mereka.

Iklan
Iklan

Perihal mengenai speech delay telah diutarakan oleh seorang pengguna TikTok, Cikgu Ayu.

Guru prasekolah itu berkongsi pendapatnya ekoran isu seorang murid dibuang dari tadika lantaran membuang air kecil di dalam kelas.

Gambar hiasan

Dia turut memberikan teguran secara terbuka di TikTok buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya perlu ke tandas.

Bagaimanapun, kelantangan itu malah mengguris hati pelbagai pihak. Menerusi pemerhatian SinarPlus, video berkenaan telahpun dipadamkan.

Dalam hantaran lain, pendidik itu menjelaskan ia ditujukan sebagai peringatan kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja.

@cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK.#cikguayusempoi ♬ bunyi asal – Cikgu ayu
@cikguayu_imtecer Reply to @wanitakidal3001 ♬ bunyi asal – Cikgu ayu

Cikgu Ayu mengulas kenyataan berbunyi “anak speech delay, padan muka” adalah ditujukan buat segelintir ibu bapa yang gemar membiarkan anak mereka terdedah dengan gajet (telefon pintar) secara kerap tanpa kawalan.

“Kalau dah buat yang terbaik untuk anak, itu bagus. Tapi jika tak, ubahlah demi masa depan anak,” katanya.

Susulan dikecam selepas perkongsian terbabit, Cikgu Ayu membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Saya tiada niat untuk mencerca ibu bapa yang berpendidikan khas. Saya juga menerima murid seperti speech delay dalam kelas saya. Saya sedaya upaya mengajar mereka untuk  menguasai bahasa dengan baik. Saya tidak pernah sisihkan mereka. Yang pernah buang air dalam kelas pun ada,” katanya.

Jelasnya latihan ke tandas dan cerai lampin harus dilakukan sekurang-kurangnya pada usia kanak-kanak empat tahun. Namun mungkin ia disampaikan dalam nada yang kurang sesuai. Justeru guru itu memohon maaf.

@cikguayu_imtecerMaaf ya korang.. xde jniat nk merendahkan sesiapa… moga semua dipermudhkan urusan..♬ original sound – Cikgu ayu

Baca juga: [VIDEO] Pelik anak umur 3 tahun masih belum pandai panggil mama, tindakan ibu muda ini dapat perhatian warganet

Warganet meluahkan berharap para guru di peringkat prasekolah menggunakan pendekatan kasih sayang dalam menangani masalah di sekolah.

Bagi anda yang berhadapan masalah lambat bercakap usah dibiarkan lama. Penting bagi ibu bapa membawa anak menjalani pemeriksaan lanjut dan menjalani terapi khas untuk menangani isu speech delay ini dalam kadar segera.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Share
Wartawan SinarPlus

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

1 hour ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

2 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

2 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

4 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

7 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

8 hours ago