Bimbang bentuk paha tidak muat seluar, berikut ada senaman yang boleh dilakukan

PILIHAN pakaian yang terbaik memang wajib terutama sekali apabila semakin hampir dengan Syawal.

Mana tidaknya bukan sahaja perlu nampak cantik bergaya, tetapi penjagaan bentuk tubuh badan juga perlu diambil kira.

Bimbang juga sebab takut nanti seluar yang sudah dibeli tiba-tiba tidak muat. Tentu sekalilah ia menjadi kemarahan dan memang menyakitkan hati, bukan?

 

Baca juga: Azam jururawat nekad turunkan berat badan hingga 31kg memang jadi inspirasi ketahui apa rahsianya

Baca juga: Tak perlu sampai berlapar atau seksa diri semata-mata mahu kurus ketahui 4 langkah ideal ini

 

Sebab itulah perlunya melakukan aktiviti fizikal agar dapat mengekalkan bentuk badan yang ideal dan menarik.

Iklan
Iklan

Antara cara yang boleh dilakukan ialah senaman mengecilkan bentuk paha. Memetik perkongsian Hello Doktor, kekurangan lemak pada bahagian bawah badan akan memberikan kesan ilusi langsing.

Namun, sebelum melakukan sebarang gerakan, anda perlu memanaskan badan dengan senaman ringan selama 5 hingga 10 minit terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya kekejangan.

Oleh itu, jom semak empat senaman yang boleh dilakukan menurut CNN Indonesia dan Hello Doktor.

1. Kaki bersilang

Menarik mengenai senaman ini, ia boleh dilakukan di atas katil. Menyerupai gerakan seperti gunting, latihan sebegini dapat menguatkan otot paha bahagian dalam dan luar serta perut.

Caranya dengan baring secara telentang menghadap ke atas. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan, sementara tapak tangan diletakkan berhampiran telinga.

Bengkokkan kaki sehingga membentukkan 90 darjah. Lakukan gerakan kaki secara menyilang kiri dan kanan sekitar 45 saat.

2. Kayuh udara

Tekniknya sama seperti sedang mengayuh basikal, namun ia dilakukan secara berbaring.

Baringkan tubuh menghadap ke atas di samping meletakkan tangan sejajar dengan badan.

Kemudian, lakukan gerakan seperti mengayuh basikal sekitar 45 saat. Aktiviti ini baik untuk melatih ketahanan otot pinggul dan sendi.

3. Squat

Senaman begini sering menjadi pilihan golongan selebriti dan individu yang aktif bersukan.

Caranya mudah dan perlu dilakukan sebanyak dua set (15 atau 24 kali bagi satu set).

Aktiviti ini perlu dilakukan ketika berdiri dengan jarakkan kaki. Berdiri dengan tangan pada bahagian sisi badan.

Kemudian, rendahkan badan secara perlahan-lahan sambil membengkokkan lutut sehingga membentuk 90 darjah.

Paling utama, pastikan bahagian belakang badan lurus dan kekal tegak sementara lutut tidak membengkok melebihi jari kaki.

Cuba ulang gerakan sekitar 15 hingga 24 kali kali untuk melengkapkan 1 set senaman.

4. Angkat kaki sisi

Satu lagi senaman yang boleh dilakukan ketika berbaring. Caranya pusingkan badan dan baring secara mengiring ke sisi.

Senaman ini perlu dilakukan untuk bahagian badan di sebelah kiri dan kanan.

Bengkokkan siku 90 darjah dan pastikan kaki berada dalam keadaan lurus. Seterusnya, angkat kaki ke udara secara berulang selama 45 saat.

Sekiranya anda melakukan untuk sebelah kiri, kemudian lakukan gerakan sama untuk sebelah kanan.

Justeru, secara ringkasnya berikut antara senaman yang boleh dilakukan untuk mengecilkan paha. Sebaiknya buat secara konsisten untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Share
Azma ML

Published by
Azma ML

Recent Posts

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

30 mins ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

3 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

4 hours ago

‘Kasih sayang mertua menantu yang istimewa. Sebak tengok!’ Puteri Sarah rai hari jadi Datuk Yusof bikin ramai terharu

TERSENTUH hati melihat kemesraan antara bekas menantu dan mentua iaitu Puteri Sarah Liyana dan Datuk…

5 hours ago

Puteri sulung genap 12 tahun, 23 pesanan Fedtri Yahya untuk Indah Sutera Jannah undang sebak

PEJAM celik, pantasnya masa berlalu. Siapa sangka anak sulung pengacara tersohor Ahmad Fedtri Yahya, Indah…

6 hours ago