Teknik simpan santan tahan lama, kekal pekat & segar dalam peti sejuk. Keluarkan boleh terus guna!

A
A
A

SANTAN bahan yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Biarpun sudah ada santan kotak, masih ramai yang memilih santan segar atas pelbagai sebab terutama orang-orang lama.

Bagi memudahkan proses memasak ramai yang membeli awal dan menyimpannya di dalam peti sejuk sebagai stok.

Untuk memastikan tahan lama, tinjauan SinarPlus mendapati kebanyakannya menggunakan teknik simpan santan peti sejuk menggunakan satu bahan ini.

Pengguna Facebook Hani Hazuani, Cahaya Rembulan dan Nur Aida Md Zainuddin menggunakan teknik kertas surat khabar untuk memastikan santan tahan lama dan kekal pekat.

"Saya mendapat tip ini daripada penjual santan di pasar yang memperolehinya daripada penjual nasi lemak.

"Katanya, kalau mahu santan tahan lebih lama dan maintain pekat, ikut cara ini," kongsinya.

PETUA SIMPAN SANTAN TAHAN LAMA DALAM PETI SEJUK

1-Ambil beberapa helai surat khabar, basahkan.

2-Gunakan ia untuk membalut santan tersebut.

3-Kemudian letakkan santan yang dibalut kertas surat khabar tadi ke bahagian sejuk beku (freezer) peti sejuk atau peti sejuk deep freezer.

4-Ujar penjual nasi lemak itu lagi, yang akan membeku hanya kertas itu manakala santan akan kekal segar dan tahan lama.

5-Ia juga santan beku tidak terbahagi kepada dua bahagian dan ia sejuk sekata.

6-Malah santan tersebut boleh terus digunakan tanpa perlu anda menunggu ia cair terlebih dahulu.

7-Ujar mereka, teknik ini banyak digunakan oleh suri rumah menjelang musim perayaan kerana santan cepat habis di pasaran.

KHASIAT SANTAN

Tidak hanya melazatkan masakan, santan banyak manfaatnya dari sudut kesihatan. Berikut adalah perkongsian Hello Sehat tentang khasiat santan:

1-Baik untuk kesihatan jantung dan salur darah

Ramai beranggapan santan tidak baik untuk jantung kerana kandungan lemak yang tinggi dan berisiko meningkatkan kolesterol.

Namun, kajian daripada jurnal Nutrition and Metabolism Research mendapati santan sebenarnya berkesan untuk mengekalkan paras kolesterol baik atau HDL dalam darah anda.

Ini bermakna pengambilan santan yang mencukupi boleh membantu anda mengelakkan risiko penyakit jantung dan saluran darah, termasuk strok.

2-Mengekalkan fungsi otak

Santan terdiri daripada asid lemak rantaian sederhana sehingga mudah diserap oleh hati dan diubah menjadi keton.

Keton diperlukan sebagai tenaga penting untuk otak.

Selain itu, keton bermanfaat untuk orang yang mempunyai masalah ingatan, seperti penyakit Alzheimer.

Bukan itu sahaja, kandungan antioksidan yang tinggi dalam kelapa parut (bahan mentah santan) juga merupakan sumber tenaga yang baik untuk otak anda.

3-Khasiat santan untuk mencegah kanser

Berkat kandungan asid laurik dalam kelapa parut, santan mampu mencegah kanser.

Kajian Cell Death Discovery yang mengkaji kesan asid laurik dalam minyak kelapa terhadap pertumbuhan sel kanser payudara mendapati asid berkenaan boleh membantu menghalang pertumbuhan sel kanser pada penghidap kanser payudara.

4. Kata antioksidan, meningkatkan sistem imun

Kajian Journal of Chemical and Pharmaceutical Research mendapati kandungan anti oksida santan lebih tinggi jika dibandingkan dengan susu lembu dan susu kambing.Ia juga mengandungi bahan anti mikrob dan asid kaprik yang mempunyai fungsi antibakteria, anti kulat dan anti viral.

Fungsi-fungsi ini membantu menguatkan sistem imun dan menangkis jangkitan bakteria berbahaya dan jangkitan virus.

Sumber: Hani Hazuani, Cahaya Rembulan dan Nur Aida Md Zainuddin , Hello Sehat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca