Telegram akan mula kenakan bayaran untuk perkhidmatan tertentu mulai 2021

HARI ini, ramai orang memilih aplikasi Telegram untuk memudahkan perkongsian pelbagai media termasuk mesej, video dan audio serta info.

Namun, ini mungkin menjadi berita kurang gembira buat pengguna aplikasi itu kerana Telegram akan mula mengenakan bayaran untuk perkhidmatan tertentunya mulai tahun 2021.

Iklan
Iklan

Ini bermaksud, aplikasi pesanan Telegram akan menyediakan perkhidmatan berbayar dan bukan sepenuhnya percuma seperti sebelum ini.

Baru-baru ini, pengasasnya, Pavel Durov, menerusi satu kenyataan di saluran Telegram miliknya berkongsi mengenai pembaharuan yang akan dilakukan kepada aplikasi yang mempunyai hampir 500 juta pengguna aktif itu pada tahun hadapan.

Menurut Durov, syarikatnya memerlukan sekurang-kurangnya beberapa ratus juta dolar setahun untuk menampung kos operasi aplikasi yang dilancarkan olehnya dan saudaranya, Nikolai pada tahun 2013 itu.

Katanya, Telegram perlu terus menjadi contoh syarikat teknologi yang berusaha melahirkan aplikasi yang sempurna dan berintegriti.

“Oleh itu, untuk memastikan ia berjaya, Telegram akan mula menjana pendapatan bermula tahun hadapan.

“Dalam sejarah Telegram, saya menanggung perbelanjaan syarikat menggunakan wang simpanan sendiri.

“Namun, dengan peningkatan terkini, Telegram berada di landasan untuk mencapai berbilion pengguna dan memerlukan dana yang sewajarnya,” katanya.

Baca lagi 8 Kelebihan Telegram yang ramai pengguna tak tahu, lebih mudah dan cepat!

Kata Durov lagi, semua ciri yang ada sekarang masih kekal percuma.

“Berbezanya Telegram akan memperkenal ciri iklan dan premium berbayar. Jika ingin menggunakannya, pengguna premium perlu membayar di aplikasi tersebut.

“Tetapi ciri iklan tersebut tetap hormati privasi dan ianya mesra pengguna. Fungsi mesej persendirian akan kekal tanpa ada iklan menggangu,” katanya.

Namun, Durov belum menjelaskan bagaimana iklan tersebut akan berfungsi di aplikasi berkenaan.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

3 hours ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

5 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

5 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

7 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

12 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

12 hours ago