Telegram akan mula kenakan bayaran untuk perkhidmatan tertentu mulai 2021

Telegram akan mula kenakan bayaran untuk perkhidmatan tertentu mulai 2021
Telegram akan mula kenakan bayaran untuk perkhidmatan tertentu mulai 2021
A
A
A

HARI ini, ramai orang memilih aplikasi Telegram untuk memudahkan perkongsian pelbagai media termasuk mesej, video dan audio serta info.

Namun, ini mungkin menjadi berita kurang gembira buat pengguna aplikasi itu kerana Telegram akan mula mengenakan bayaran untuk perkhidmatan tertentunya mulai tahun 2021.

Ini bermaksud, aplikasi pesanan Telegram akan menyediakan perkhidmatan berbayar dan bukan sepenuhnya percuma seperti sebelum ini.

Baru-baru ini, pengasasnya, Pavel Durov, menerusi satu kenyataan di saluran Telegram miliknya berkongsi mengenai pembaharuan yang akan dilakukan kepada aplikasi yang mempunyai hampir 500 juta pengguna aktif itu pada tahun hadapan.

Menurut Durov, syarikatnya memerlukan sekurang-kurangnya beberapa ratus juta dolar setahun untuk menampung kos operasi aplikasi yang dilancarkan olehnya dan saudaranya, Nikolai pada tahun 2013 itu.

Katanya, Telegram perlu terus menjadi contoh syarikat teknologi yang berusaha melahirkan aplikasi yang sempurna dan berintegriti.

"Oleh itu, untuk memastikan ia berjaya, Telegram akan mula menjana pendapatan bermula tahun hadapan.

"Dalam sejarah Telegram, saya menanggung perbelanjaan syarikat menggunakan wang simpanan sendiri.

"Namun, dengan peningkatan terkini, Telegram berada di landasan untuk mencapai berbilion pengguna dan memerlukan dana yang sewajarnya," katanya.

Baca lagi 8 Kelebihan Telegram yang ramai pengguna tak tahu, lebih mudah dan cepat!

Kata Durov lagi, semua ciri yang ada sekarang masih kekal percuma.

"Berbezanya Telegram akan memperkenal ciri iklan dan premium berbayar. Jika ingin menggunakannya, pengguna premium perlu membayar di aplikasi tersebut.

"Tetapi ciri iklan tersebut tetap hormati privasi dan ianya mesra pengguna. Fungsi mesej persendirian akan kekal tanpa ada iklan menggangu," katanya.

Namun, Durov belum menjelaskan bagaimana iklan tersebut akan berfungsi di aplikasi berkenaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca