AWAS! Perokok yang dijangkiti Covid-19, berisiko tinggi untuk dapat komplikasi serius

AWAS! Perokok yang dijangkiti Covid-19, berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi serius.
AWAS! Perokok yang dijangkiti Covid-19, berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi serius.
A
A
A

SELAIN daripada perlu patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian sepanjang negara menghadapi pandemik Covid-19, orang ramai perlu mematuhi larangan merokok khususnya di kedai makan dan kawasan terbuka.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong,  perkara tersebut perlu dipraktikkan untuk mengelakkan komplikasi merokok dan jangkitan Covid-19 menular dengan mudah.

Datuk Dr Chong Chee Kheong dalam ucapan sempena Persidangan Kawalan Tembakau Negara 2020 yang diadakan melalui platform dalam talian berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran perokok yang dijangkiti Covid-19, berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi serius.

“Ini adalah untuk memastikan kesejahteraan diri dan orang-orang yang berada di sekeliling mereka.

“Dalam keadaan pandemik Covid-19, bukti menunjukkan merokok dikaitkan dengan peningkatan keparahan penyakit dan kematian pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital,” katanya.

Chong berkata, Kementerian Kesihatan telah mewartakan semua kedai makan sama ada berhawa dingin atau tidak, sebagai tempat larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018 sejak 1 Jan 2019, tetapi kadar pematuhan dikurangkan dengan ketara selepas pengenalan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Terdapat aduan berkaitan aktiviti merokok di kedai makan melalui talian hotline Kementerian Kesihatan dan aduan yang diterima telah meningkat sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dikuatkuasakan sejak 10 Jun lalu,” katanya.

Chong berkata, Kementerian Kesihatan sedang berusaha untuk mengukuhkan semua kewajipan yang digariskan di bawah Perkara 8 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau WHO, iaitu melindungi bukan perokok daripada bahaya asap rokok atau mana-mana produk merokok lain.

Awas perokok! Perbuatan anda bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malahan turut mampu menjejaskan orang yang berada disekeliling.

Demi untuk kesejahteraan dan kesihatan, tak salah rasanya kita mula untuk cuba berhenti daripada tabiat yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat itu.

Tambahan pula bagi warga Selangor khususnya yang kini sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), jadikanlah peluang tersebut sebagai langkah awal untuk mula berhenti merokak.

Maklum sahaja bagi perokok, ketagihan dan keinginan untuk merokok tinggi apabila kita berada di luar rumah bersama kawan-kawan. Manfaatkan tempoh PKPB selama 14 hari ini sebagai permulaan atau tempoh cubaan.

Mencegah itu jauh lebih baik daripada merawat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca