Bakti seorang anak! Umur baru 12 tahun sanggup tidur di lantai, jaga ibu strok di wad runtun hati warganet
YA ALLAH, menitis air mata penulis menyaksikan video tular ini. Usianya baru 12 tahun, namun tanggungjawab dan pengorbanan kanak-kanak lelaki ini buat ibu tersayang meruntun hati warga maya.
Menerusi perkongsian di laman sosial TikTok @norasni31, kanak-kanak dikenali sebagai Iman menjaga ibunya yang diserang strok di wad sebuah hospital.
"Iman anak tunggal. Sepanjang aku kat sini dia seorang diri menjaga ibunya yang mengalami strok.
"Tidak duduk diam dia untuk memastikan keadaan ibu betul-betul selesa.
"Dialah yang akan tukarkan lampin ibunya dan lap badan yang merupakan ibu tunggal. Dia buat semuanya seorang diri tanpa bantuan sesiapa pun.
"Ibunya hanya ada Iman," kongsinya.
Menurut wanita itu, Iman sebagai satu-satunya waris perlu 'menghadam' segala maklumat dan perkembangan kesihatan bondanya daripada pihak hospital.
"Doktor sendiri tidak tahu sama ada Iman faham atau tidak. Apa yang diterangkan dan apa yang perlu dibuat pada usia 12 tahun.
"Semoga Iman kuat dalam menjalankan tanggungjawab biarpun masih terlalu muda.
"Kita yang dewasa ini pun belum tentu dapat melakukan apa yang dilakukan Iman, sanggup berjaga siang dan malam.
"Semoga ALLAH permudahkan urusan kamu dik," luah Norasni.
Bagaimanapun, difahamkan ibu kanak-kanak berkenaan sudahpun dibenarkan pulang ke rumah.
Wanita itu kini telah dijaga secara bergilir-gilir oleh adik beradiknya manakala dan Iman juga sudah kembali ke sekolah.
Tinjauan SinarPlus mendapati video asal berkenaan telah dipadamkan namun ia telah tular dan dimuat naik semula di pelbagai platform media sosial.
Warganet tidak henti-henti menyatakan rasa kagum dan simpati kepada Iman di atas ketaatan serta jasa baktinya buat ibu tercinta.
Ujar mereka:
"Masya-ALLAH, anak soleh jaga ibu. Semoga ALLAH ganjarkan syurga buatmu adik. Harap ibunya cepat sihat dan dapat melihatnya berjaya dalam kehidupan."
"Awak hebat adik,saya yang dewasa ni pun tak mampu. Jaga ibu baik-baik ya."
"Hebat didikan emaknya sehingga melahirkan anak yang taat dan berbakti kepada ibu di saat uzur."
"Semoga ada saudara-mara dan pihak yang berwajib yang membantu. Anak soleh ini perlu meneruskan pendidikan untuk mengubah masa depan."
Jasa bakti dan pengorbanan Iman menjadi inspirasi, moga ibunya dikurniakan kesembuhan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang