Terung boleh tingkatkan memori otak

terung
terung
A
A
A

WARNA ungu sayuran terung yang menyerlah bukan sahaja mampu membuat kita tertarik namun ia juga mempunyai banyak khasiat.

Antaranya adalah mampu meningkatkan fungsi memori otak.

Terung mampu meningkatkan fungsi memori otak seseorang kerana ia kaya dengan sumber phytonutrien yang bertindak meningkatkan kesihatan mental dan aktiviti kognitif otak.

Selain itu, ia juga mampu melindungi tubuh dan otak daripada serangan radikal bebas, toksik dan penyakit.

Jadi, jika nak kuat daya ingatan cubalah makan terung mulai sekarang.

Selain itu, terung juga mempunyai khasiat lain seperti berikut:

1. Melawan obesiti

Bagi anda yang ingin mengawal pemakanan atau mencegah obesiti, amalkan pemakanan terung. Ini kerana terung mengandungi nilai lemak dan kolesterol yang rendah.

Selain itu, terung juga tinggi kandungan serat. Ia mampu membuatkan anda rasa lebih kenyang tanpa perlu makan banyak.

2. Menguatkan tulang

Terung mengandungi sebatian fenol di mana ia mampu menguatkan tulang di samping menambah kepadatan mineral tulang.

Terung juga mengandungi zat besi dan kalsium yang mampu menguatkan tulang.

3. Mencegah kecacatan bayi

Buat ibu mengandung amat penting untuk mengambil asid folik bagi mengelakkan kandungan daripada mengalami kecacatan tiub saraf.

Justeru, terung merupakan sayuran yang mengandungi asid folik. Bagi ibu yang mengandung boleh amalkan makan terung sebagai makanan berat mahupun sebagai snek.

Jadi apa lagi, jomlah makan terung mulai hari ini.

Penulis: Suhaila Ali

Foto: zila_norazila

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca