DITETAK hingga mati, tergamaknya anak durjana membunuh si ibu yang menegur bising!

Itu kejadian yang berlaku di Taman Temiang, dekat Muar, Johor, malam tadi.

Seorang warga emas maut dipercayai dibunuh anak lelakinya selepas ditegur oleh mangsa kerana membuat bising

Menurut Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, ini fakta berkaitan;

1. Dalam kejadian 8.20 malam itu, wanita yang berusia 73 tahun tersebut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta leher kerana dipercayai dipukul oleh anaknya yang berusia 47 tahun dengan menggunakan senjata tajam.

2. Mangsa terbunuh di tempat kejadian iaitu di rumah mereka selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta leher.

3. Kejadian berlaku dipercayai akibat tindakan mangsa menegur anaknya itu kerana membuat bising yang menyebabkannya mengamuk dan memukul kepala mangsa dengan menggunakan senjata tajam.

4. Lelaki terbabit yang didapati mempunyai rekod psikiatri lampau, ditahan sejurus pihak polis berada di lokasi kejadian.

Baca juga Gara-gara tak tahan dengar anak menangis, bapa bunuh dengan tekup muka bayi dengan bantal

tangkap, berkas, gari

5. Pihaknya turut merampas sebilah pisau dapur dan kapak yang disyaki digunakan lelaki terbabit dalam kejadian itu.

6. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk bedah siasat.

7. Beliau pada masa sama menasihati orang ramai agar peka serta melakukan pemantauan rapi terhadap mana-mana individu yang mengalami masalah psikiatri seumpama itu, supaya tidak mendatangkan bahaya kepada nyawa, harta, individu lain, ahli keluarga serta keselamatan awam.

INFO PSIKOPAT

Psikopat adalah merupakan individu yang mengalami sakit jiwa atau mental yang tidak seimbang sehingga boleh menyebabkan tingkah laku tidak normal atau pun agresif. Seorang psikopat tidak semestinya perlu menjadi pembunuh, malah mereka ini dapat menjalani hidup seperti orang biasa.

Ini cara ahli keluarga atau rakan-rakan boleh mengenali individu psikopat;

1. Sering berbohong

Seorang psikopat sering berbohong dan akan sering memutarbelitkan sesuatu cerita demi tujuan tertentu.

Dia akan sering menggunakan kata-kata yang tidak konsisten dan sikap mereka juga akan berubah-ubah.

Baca juga Fobia, cemas, takut melihat badut adalah satu penyakit mental. Atasinya dengan cara ini

2. Bersifat narsasis

Apa itu narsisisme? Narsisisme merupakan sesuatu keadaan apabila seseorang itu terlalu memuja dan mengagumi diri mereka sendiri.

Malah seorang narsasis sukar untuk menerima keadaan yang sebenar jika ia tidak berpihak kepada diri mereka.

Iklan

Selain itu, terdapat satu kajian menunjukkan lelaki yang suka bergambar dan mengambil masa yang lama untuk menyunting (edit) gambar mereka juga turut menunjukkan sifat terlalu kagum dengan diri sendiri serta narsasisme.

Walaupun bukan semua narsasis merupakan seorang yang sosiopatik di mana seorang sosiopatik tidak akan bertindak mengikut emosi berbanding dengan psikopat.

Oleh yang demikian, sesetengah psikopat lebih cenderung menilai dirinya lebih baik dari orang lain, mereka sering fikir mereka bagus dan bersifat bongkak.

Baca juga Kecelaruan bipolar satu masalah mental, ini yang perlu difahami

Kecelaruan bipolar satu masalah mental, ini yang perlu difahami

3. Bersikap posesif

Antara tanda yang mungkin anda perlu lihat dengan individu psikopat adalah apabila mereka bersikap posesif.

Bersikap posesif iaitu cemburu berlebihan hingga melebihi batas maka dinasihatkan supaya anda berhati-hati atau hubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

Iklan

4. Selalu menyalahkan diri orang lain

Seorang psikopat tidak akan pernah mengaku kesalahan mereka, mereka sering fikir yang mereka berkuasa di dalam hubungan tersebut.

Dia akan membuatkan anda rasa serba salah atas kesalahan yang mereka buat. Perbuatan ini bukan sahaja dapat dilihat di dalam hubungan peribadi malah di tempat kerja dan di kalangan masyarakat juga sudah tersedia ada cuma perbezaan yang dapat kita rungkaikan adalah jika anda mengetahui tentangnya atau tidak.

Segeralah laporkan kepada pihak berkuasa dan ambil tindakan undang-undang jika beliau bertindak agresif dan fizikal terhadap diri anda.

Sumber: Metro, Hello Doktor 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!