Tiada peperiksaan semasa video tular Veveonah dirakam di atas pokok

DAKWAAN seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin bahawa dia terpaksa memanjat pokok di kampungnya di Pitas, Sabah untuk mendapatkan capaian internet bagi membolehkannya menduduki peperiksaan secara dalam talian adalah tidak benar.

Menurut sumber, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, hasil siasatan mendapati Veveonah yang juga seorang Youtuber tidak menduduki peperiksaan ketika video tersebut dirakam.

Iklan
Iklan

“Veveonah merupakan seorang Youtuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya Youtuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.

“Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu dan kadang-kadang kita jangan mudah tertipu dengan Youtuber untuk membuat isu.

“Jadi, kita minta pihak berwajib yang tidak ada line atau blind spot (titik buta), maklumkan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kita akan segera atasi masalah tersebut terutamanya dari segi pendidikan,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Donald Peter Mojuntin yang membangkitkan isu video Veveonah yang tular ketika bertanya tentang tindakan kerajaan bagi memastikan keseimbangan capaian internet di antara bandar dan luar bandar khususnya di Sabah, pada sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

Kerajaan juga kini sedang berusaha meningkatkan taraf capaian internet 4G daripada 91.8 peratus kepada 96.9 peratus namun masih ada beberapa kawasan titik buta termasuk di bandar.

Terdahulu, Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, tular di laman sosial apabila video pengalamannya memanjat pokok di kampung demi mendapatkan capaian internet untuk menduduki peperiksaan dalam talian dimuat naik olehnya di YouTube mendapat perhatian ramai serta reaksi positif wargamaya.

Penuntut UMS itu juga pernah dilaporkan menerima sumbangan Yayasan Nur Jauhar di Kota Kinabalu, Sabah setelah kisahnya tular dan menjadi bahan bualan ramai.

Sekarang ini memang ramai yang mahu jadi YouTuber kan? Maklumlah ramai yang terinspirasi dengan ramai YouTuber yang sudah berjaya dan mampu menjana pendapatan dari situ setelah tular.

Tapi Awas! Jangan disebabkan dek nak mengejar tular sampai menipu atau menghasilkan content-content yang kurang bijak. Semuanya di tangan korang. Korang pilih baik maka jadinya baik, jika sebaliknya korang fikir sendiri la ye.

Semoga menjadi iktibar dan pengajaran buat semua.

Sumber : pnbbcportal.com

Share
Meen

Biodata Penulis

Published by
Meen

Recent Posts

Dulu menyewa, kini Hafiz Mahamad kongsi kediaman sendiri bikin ramai terpegun.’ Simple tapi mewah & elegan. Cantiknya!

PEMPENGARUH terkenal Hafiz Mahamad dan isteri, Syafiqah Aina baru-baru ini berkongsi rumah baharu mereka meraih…

2 hours ago

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

1 day ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

2 days ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

2 days ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

2 days ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

2 days ago